Sait, Meryam johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Mukah

BALINGIAN: Majlis Tilawah al-Quran peringkat Daerah Mukah 1446H/2025M menyaksikan Sait Bom dinobat sebagai johan qari di Dewan Masyarakat Balingian, di sini, semalam.

Tempat kedua dimenangi Musa Basri dan tempat ketiga, Drahman Satan.

Manakala, johan qariah ialah Meryam Bol dan Syarifah Nur Ruqayyah Syed Zainon sebagai naib johan serta Habibah Hanapi mendapat tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N58 Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fridah Osman Adenan, Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip, Pegawai Agama Islam Bahagian Mukah, Norazmn Abdullah, Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Balingian, Abdul Malik Talip, Pemanca Mohamad Jali Kawi dan Penghulu Harbi Bakir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *