Tujuh agensi terokai Air Terjun Jankar

LUNDU: Sebanyak tujuh agensi melakukan pendakian Air Terjun Jankar di Kampung Jankar di sini, semalam.

Agensi itu ialah Pergigian Hospital Umum Sarawak (HUS), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pergigian Sri Aman, Angkatan Askar Melayu ( 1 Div & Pemerintahan Medan Timur ), ⁠Angkatan Tentera Udara, Hit Properties Sdn Bhd , The Roof Reality Walau dan Pharmaniaga.

Doktor Klinik Pakar Pergigian HUS, Syazwani Ahmad yang mengetuai rombongan itu berkata, program itu bertujuan menerokai kawasan air terjun di Sarawak dan menikmati Keindahan alam semulajadi.