Hafiz,Norhashimah johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Bahagian Betong

KABONG: Muhammad Hafiz Pelira dari Saratok dan Norhashimah Marzuki dari Kabong muncul sebagai Johan Qari dan Qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Betong.

Seramai 12 peserta terdiri daripada enam qari dan enam qariah telah menyertai majlis tilawah ini di Masjid Assabirin, di sini, malam tadi.

Tempat kedua qari, ialah Mohammad Zahary Mansor dan ketiga Sulaiman Ayup, kedua-dua dari Betong.

Sementara itu, bagi kategori qariah, naib johan ialah Nur Saidatul Hanisah Saleman dari Kabong, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rosnani Junaidi dari Saratok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.