Sistem CCTV DBKU mula beroperasi, 17 tiang dilengkapi 64 unit CCTV

KUCHING: Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mula beroperasi semula secara berperingkat melalui fasa satu bermula 30 Jun (hari ini).

Sebanyak 17 tiang yang dilengkapi
64 unit CCTV dipasang di lokasi-lokasi strategik sekitar kawasan pentadbiran DBKU.

Ini merangkumi kawasan tumpuan awam, jalan-jalan utama, serta lokasi yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi dari segi keselamatan.

Berikut merupakan senarai lokasi pemasangan CCTV fasa satu:

  • Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah (Pusat Penjaja Sukmaria/Pasaraya E-Mart)
  • Simpang Lampu Isyarat SEGO
  • ⁠Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak
  • ⁠Tebingan Boyan Gersik, Jalan Kampung Gersik
  • ⁠Taman Botani 1, Jalan Astana
  • ⁠Taman Botani 2, Jalan Astana (Kawasan Kolam)
  • ⁠Taman Botani 3, Jalan Astana (Kawasan Letak Kereta)
  • ⁠Tebingan Boyan Gersik Sourabaya, Jalan Kampung Gersik
  • ⁠Simpang ke Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak
  • ⁠Fort Margherita (Muzium Polis)
  • ⁠Persimpangan Jalan Dagok / Jalan Kulas Utara Dua
  • ⁠Bangunan Electra House
  • ⁠Sekolah Menengah St Joseph
  • ⁠Jambatan Gantung / Medan Selera “Aneka Rasa”
  • ⁠Perhentian Bas Jalan Merdeka (Bangunan Marzuki)
  • ⁠SJK Chung Hua No. 6, Jalan Kapur dan ;
  • ⁠McDonald’s Semariang

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha DBKU dalam memperkukuh aspek keselamatan bandar melalui konsep Bandar Selamat, di samping menyokong pembangunan Bandar Pintar (Smart City) dengan penggunaan teknologi pemantauan secara masa nyata.

Pelaksanaan semula operasi CCTV ini akan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan sistem berada dalam keadaan optimum dan berfungsi sepenuhnya.

Sehubungan itu, DBKU menggesa kerjasama semua pihak, khususnya warga kota, agar bersama-sama memelihara kemudahan ini dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui saluran berikut:

  • Facebook rasmi DBKU
  • WhatsApp DBKU di talian 016-8864466
  • Talian Hotline DBKU: 082-446644 – DBKU