KUCHING: Mantan Ketua Perbankan Pelaburan (Malaysia) di CLSA Securities, Abang Rahmat Yusuf dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak berkuatkuasa 29 Januari 2024.
Perkara itu diumumkan Lembaga Penjaga Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak dalam satu kenyataan selepas mengadakan mesyuarat lembaga ke-2 di Kuching pada hari ini.
Abang Rahmat,48, berkelulusan Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard merupakan Ketua Perbankan Pelaburan (Malaysia) di CLSA Securities dari 2019 hingga 2024 dan beliau mengetuai latihan penjanaan dana termasuk IPO dan penempatan untuk pelanggan korporat dan syarikat.
Sebelumnya, Abang Rahmat adalah Pengarah, Pelaburan di Khazanah Nasional, beliau menubuhkan dan mengetuai Pejabat Wilayah Khazanah Turki di Istanbul meliputi Turki, MENA dan Afrika Sub-Sahara.
Beliau juga merupakan Pengarah Penyelia bagi Financial Instituion Group (FIG) yang kemudiannya mewakili 20 peratus daripada portfolio Khazanah.
