Author: Jiwa Bakti

Pesta Saratok promosikan Saratok destinasi pelancongan

SARATOK: Pesta Saratok kini menjadi platform penting mempromosikan daerah Saratok sebagai destinasi pelancongan. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penganjuran pesta tahunan itu bertujuan menjadikan Saratok sebagai daerah yang lebih popular dan dikenali ramai. “Malah (Pesta Saratok) menjadi platform penting dalam menyatukan rakyat, memperkukuh ekonomi dan mempromosikan daerah Saratok sebagai destinasi pelancongan,” […]

Kerjasama PPD Kuching-KPWKM sokong perkembangan pelajar

KUCHING: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching disaran bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) untuk melaksanakan program sokongan keluarga dan keibubapaan di sekolah-sekolah. Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata usaha ini penting untuk membina persekitaran yang menyokong perkembangan anak-anak secara menyeluruh. Katanya, terdapat 26 sekolah di kawasan parlimen di Santubong dan daripada jumlah […]

Program ‘Kamek Prihatin, Kitak Penting’ wadah sampaikan maklumat kerajaan

KUCHING: Program Jelajah Outreach ‘Kamek Prihatin, Kitak Penting’ yang digerak di seluruh Sarawak bakal menjadi wadah penting dalam menyampaikan maklumat serta menyantuni komuniti di negeri ini. Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KWPK). Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah yang menjelaskan program kementeriannya itu berkata, […]

Penambahan kerusi DUN rapatkan jurang bandar, luar bandar

KUCHING: Penambahan 17 kerusi baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak disifatkan sebagai langkah penting ke arah merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, langkah tersebut bukan sekadar memperkukuh sistem politik dan pentadbiran, malah memberi ruang kepada penduduk di pedalaman untuk diwakili secara lebih adil […]

Masyarakat gotong-royong bersihkan tapak kebakaran Kampung Sebuan Besar

BINTULU: Lebih 300 penduduk menyertai gotong-royong membersihkan kawasan tapak kebakaran di Kampung Sebuan uuBesar, Jepak, di sini, hari ini. Dalam insiden kebakaran pada 1 Julai lalu, enam rumah di kampung itu musnah mengakibatkan seramai 26 penduduk kehilangan tempat tinggal. Gotong- royong anjuran Pejabat Daerah Bintulu dan turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu, […]

Kampung Baru diangkat sebagai tapak perintis projek inovasi hijau

KUCHING: Kampung Baru diangkat sebagai tapak perintis bagi projek inovatif “Waste to Wealth: Empowering Communities Through Green Innovation” yang dilihat mampu membuka dimensi baharu dalam menjana pendapatan komuniti luar bandar melalui pendekatan keusahawanan hijau. Projek berimpak tinggi itu dilaksanakan di bawah inisiatif UniMADANI oleh universiti awam termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan sokongan penuh Kementerian […]

Tekanan hidup, tawaran lumayan luar negara antara faktor doktor Sarawak, Sabah mula berhijrah

KUCHING: Malaysia perlu mengakhiri stigma bahawa sistem kesihatan tempatan ‘murah tetapi berkualiti’ dan mula membayar gaji lebih setimpal kepada profesional perubatan, terutama di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sudah tiba masanya kerajaan melihat realiti bahawa doktor di negara ini memiliki kepakaran tinggi namun masih menerima bayaran yang tidak mencerminkan […]