Author: Jiwa Bakti

Tun Dr Wan Junaidi dimasyhur Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertuan Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dimasyhur sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia berkuat kuasa 13 Mac 2024. Menurut Ketua Pengakap Kebangsaan Malaysia Mejar Jeneral (B) Dato Dr Mohd Zin Bidin, pemasyhuran itu dilaksanakan mengikut Perkara 11(2) Dasar, Organisasi dan Peraturan (POR) Persatuan Pengakap Malaysia.  “Tun pernah menjadi Pengerusi Majlis […]

Kapal buatan Sarawak bertaraf global

SINGAPURA: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), InvestSarawak, Pejabat Dagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) dan Persatuan Industri Maritim Sarawak (SAMIN) menyelaras penyertaan 12 syarikat dari Sarawak yang mempamerkan keupayaan di Ekspo Maritim Asia Pasifik 2024 di sini. Penyertaan syarikat Sarawak pada ekspo itu dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri MINTRED, Datuk […]

Tiga Anjung Singgah YKN di Sarawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti keperluan membina kemudahan Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang baharu di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kemudahan penginapan sementara terbabit disediakan kepada ahli keluarga atau waris yang mengiringi pesakit yang tidak berkemampuan ketika atau selepas mendapatkan […]

Abang Rahmat dilantik CEO Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak

KUCHING: Mantan Ketua Perbankan Pelaburan (Malaysia) di CLSA Securities, Abang Rahmat Yusuf dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak berkuatkuasa 29 Januari 2024. Perkara itu diumumkan Lembaga Penjaga Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak dalam satu kenyataan selepas mengadakan mesyuarat lembaga ke-2 di Kuching pada hari ini. Abang Rahmat,48, berkelulusan […]

Dasar inklusif perkukuh perpaduan

KUCHING: Dasar inklusif Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian hidup rakyat Sarawak sungguhpun dalam kepelbagaian, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau berkata, Abang Johari menghormati, menyokong dan menggalak rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama supaya saling hidup bersatu. Penubuhan […]

Buat aduan jika kualiti kebersihan, juadah di bazar tercemar

SIBU: Pengunjung Bazar Ramadan Sibu di Dataran Tun Tuanku Bujang di sini, boleh membuat aduan terus melalui aplikasi WhatsApp yang akan diumum dalam tempoh terdekat oleh penganjur berhubung kebersihan serta kualiti juadah. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Dr Annuar Rapa’ee, menerusi aduan yang diterima, pihaknya akan meminta Jabatan Kesihatan membuat […]

MA63: 10 tuntutan asas berjaya diselesai

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 perkara atau tuntutan asas Sarawak dan Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan sepenuhnya. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, sebanyak satu perkara itu selesai sebahagian atau interim, tiga perkara telah mempunyai keputusan dasar dan 15 perkara masih dalam perbincangan. “Kerajaan Persekutuan juga akan terus komited memastikan […]

Persidangan Media Pertama, HAWANA 2024 Sarawak bakal diadakan Mei depan

KUCHING: Seramai 300 wartawan dari Semenanjung Malaysia termasuk Sarawak dijangka menghadiri Persidangan Media Pertama sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, persidangan itu akan berlangsung mulai 26 hingga 27 Mei di Hotel Pullman. Manakala, HAWANA 2024 akan berlangsung di pusat […]

Bersih kawasan rumah cegah wabak denggi

SIMANGGANG: Penduduk kampung di sini dinasihatkan membersihkan kawasan persekitaran rumah bagi mencegah penyebaran wabak denggi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menasihatkan penduduk kampung supaya tidak mengharapkan pihak berkuasa untuk membersihkan persekitaran rumah mereka. “Saya nasihatkan penduduk di sini meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari membersihkan kawasan rumah bagi mencegah pembiakan […]

Masjid, Surau N3 Tanjong Datu terima sumbangan sempena Ramadan

LUNDU: Masjid dan Surau di N3 Tanjong Datu akan menerima peruntukan keseluruhannya sebanyak RM43,500 bagi mengimarahkan sambutan Ramadan tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, peruntukan terbabit sebanyak RM1,000 diagih kepada 16 masjid dan sebanyak RM500 kepada 25 surau. Manakala sekebihnya tambah sebanyak RM15,000 dari sumbangan peribadi […]