KUCHING: Sarawak sudah bersedia menjadi tuan rumah bersama Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 dengan Kerajaan Persekutuan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata demikian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas ini kami Sarawak bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama SEA Games (Sukan Sea) pada 2027,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini, malam ini.
Hadir sama, Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof serta menteri-menteri kabinet negeri dan persekutuan.
Selain itu Abang Johari itu berharap atlet dari semua negeri akan dapat berjumpa lagi bagi SUKMA 2026 di Selangor.
Beliau juga memberikan ucapan tahniah kepada kontinjen Sarawak dan pihak terbabit melatih atlet anak Sarawak kerana menjadi juara SUKMA Ke-21 ini.
