LAWAS: Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan perlu mengekang penyakit Monkeypox daripada memasuki Sarawak.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, mereka juga perlu peka perkembangan penularan penyakit itu yang telah mula dikesan di beberapa negara Asean.
“Harus mengambil kira perkara ini agar mudah untuk kita mengekangnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Lesen Pendudukan Sementara(TOL) dan Pampasan Tanah Bagi Projek Di Daerah Lawas di sini, hari ini.
Seramai 90 penerima menerima Skim Penempatan Semula(SPS) Fasa Keempat Skim Pembesaran Kampung(SPK) Kuala Lawas Fasa Satu ( 34), SPK Kampung Sundar Fasa Satu (37), SPK Air Terjun Lawas (empat), SPK Lukutan/Karangan/ Loagan (17) serta pampasan projek Sarawak/Sabah Border 276KV Transmission Line Project (22 ).
Sehubungan itu, Awang Tengah menasihat penerima lesen TOL agar memanfaatkan bantuan kerajaan.
Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Setiausaha Eksekutif Parti PBB Sarawak, Datuk Awang Bujang Awang Antek, Residen Bahagian Limbang, Unos Tambi dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Bakeri Samsuddin.
