Kibaran Jalur Gemilang pupuk semangat patriotisme – Ibrahim Baki

KUCHING: Budaya mengibar jalur gemilang menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, menjadi amalan rakyat khususnya masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, malah amalan itu sudah menjadi aktiviti tahunan di kampung-kampung dalam usaha memupuk semangat cintakan
semangat patriotisme.

“Amalan kibar Jalur Gemilang ini penting bagi menunjukkan semangat patriotisme, sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

“Saya bercakap mengenai kawasan ini (Satok) kerana setiap tahun menganjurkan program hari kebangsaan. Ia harus disambut dan dizahirkan dengan penuh penghayatan terutama oleh generasi muda sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menrasmikan Program Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 dan Hari Malaysia di pekarangan Surau Darul Qarar, Jalan Patingan, di sini, hari ini.

Sebanyak 200 helai jalur gemilang diagihkan kepada penduduk kawasan Kampung Muhibbah.

Terdahulu, ADUN Satok itu menghadiri program ‘Merdeka Walk’ di Kampung Bandarshah, di sini.