BAKIS Jabatan Pertanian Sarawak agih bubur durian, bubur pulut hitam

KUCHING: Sebanyak 500 kontena bubur durian dan 500 kontena bubur pulut hitam diagih kepada orang awam di sekitar Bazar Ramadan Kubah Ria di Kuching petang ini.

Program anjuran Badan Kebajikan Islam (BAKIS) Jabatan Pertanian Sarawak tersebut mendapat sambutan baik daripada pengunjung.

Majlis penyampaian agihan disempurnakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.