LIMBANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diharap membina lebih banyak kemudahan taska dan tabika di daerah ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ini bagi memperkasa pendidikan awal kanak- kanak di daerah itu yang amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti.
“Kita berharap perkara ini (kemudahan taska dan tabika) dapat diperbanyakkan di daerah Limbang dan difahamkan beberapa bangunan taska dan tabika KEMAS akan dibina di Limbang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Hari Apresiasi Tabika,
Taska KEMAS, Parlimen Limbang, di Dewan Suarah Limbang di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah KEMAS Sarawak, Anisah Saidin dan Pegawai KEMAS Bahagian Limbang, Khairul Amree Abdul Rahman.
