Buku Bujang Berani dilancar

KUCHING: Sumbangan dan pengorbanan pahlawan Sarawak dalam mempertahankan negeri diabadikan dalam buku ‘Bujang Berani Patriots, Warrior & Unsung Heroes’ dilancarkan hari ini.

Simbolik pelancaran dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Hadir sama, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Penulis buku tersebut James Ritchie, semasa ditemui media selepas majlis itu berkata, buku itu diterbitkan bagi memperingati sumbangan dan pengorbanan pahlawan Sarawak yang kurang dikenali.

Katanya, proses penulisan buku tersebut mengambil masa kira-kira 20 tahun sebelum diterbitkan dengan jumlah 300 muka surat.

“Buku Bujang Berani ini saya telah kumpul-kumpul sejak 2000 iaitu 20 tahun…saya kumpul dan failkan kesemua maklumat.

“Saya fikir dalam 50 tahun saya dah tulis 15 juta patah perkataan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum.