Category: Umum

Buku hargai sumbangan, kejayaan wanita dilancar

KUCHING: Sempena sambutan Hari Wanita Sarawak, sebuah buku wanita bertajuk “Sarawak Women Creating Legacies” Ke-12 dilancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah melancarkan buku wanita tersebut. Buku setebal 217 muka surat itu mencerminkan keperibadian daya tarikan wanita-wanita yang diraikan dan […]

Lebih 230 anggota pelbagai agensi, penduduk kampung bantu padam kebakaran kawasan kebun

MUKAH: Seramai 230 anggota dari pelbagai agensi kerajaan dan pasukan keselamatan terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di kawasan kebun berhampiran Lapangan Terbang Mukah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah. Operasi tersebut kini memasuki hari kelapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine sentiasa turun padang untuk meninjau dan membantu secara langsung usaha pemadaman. Ketika […]

Hargai jasa pejuang terdahulu

KUCHING: Rakyat Sarawak harus bersyukur atas nikmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran hasil pengorbanan pejuang terdahulu. “Tumpahan darah dan curahan keringat serta kepayahan dan keperitan mereka dalam perjuangan telah menghasilkan keharmonian dan kesentosaan hidup kepada kita,” kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh […]

Kerajaan Sarawak luluskan RM1.1 bilion laksana projek naik taraf, ganti saluran paip

DARO: Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang tinggi akibat kebocoran paip dan kecurian air telah dikenal pasti sebagai salah satu cabaran utama dalam industri bekalan air. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, sehubungan itu Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan bernilai sekitar RM1.1 bilion di bawah Dana Alternatif bagi pelaksanaan projek penggantian […]

Politik stabil, dasar ekonomi kukuh dorong Sarawak salur bantuan kewangan

KUALA LUMPUR: Kestabilan politik serta dasar ekonomi yang kukuh dan mampan membolehkan Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melaksanakan pelbagai bantuan kewangan berskala besar untuk rakyat negeri ini. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, semua bantuan kewangan yang disalurkan bagi meringankan beban sara hidup […]

Pendekatan dwipenyelesaian tangani krisis iklim global

KUCHING: Sarawak antara wilayah terawal di rantau ini yang menggabungkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi dan teknologi dalam menangani krisis perubahan iklim global secara menyeluruh. Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, inisiatif itu diterajui di bawah kementerian baharu yang dipimpinnya sejak 2022, selaras visi Premier Sarawak, Datuk […]

Peluncuran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang 2 Ogos ini

KUCHING: Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2025 akan diadakan di Kompleks Sukan Satok @ Padang SLPAS, di sini, pada 2 Ogos ini. Menurut kenyataan media Jabatan Penerangan Sarawak, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol akan menyempurnakan majlis itu […]

Kerajaan GPS tunaikan janji, BKK pelajar Sarawak di IPT mula disalur

KUALA LUMPUR: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menunaikan janji dengan mengagihkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) Pelajar Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bermula hari ini. Kira-kira 42,000 pelajar Sarawak yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara akan menerima bantuan tersebut yang akan disalurkan secara berperingkat. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan […]

Sarawak peneraju tenaga diperbaharui, hab semikonduktor dan angkasa lepas

PONTIANAK: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai rombongan dari Sarawak ke Pontianak, Indonesia semalam bertemu dengan Gabenor Kalimantan Barat, Drs. H. Ria Norsan untuk membincangkan hubungan strategik. Lawatan itu mencerminkan komitmen Sarawak untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala, menarik pelaburan bernilai tinggi, memupuk inovasi dan meningkatkan kesepaduan ekonomi serantau. Pada […]