Category: Umum

Sarawak tubuh Pusat Kajian Universiti Teknologi Swinburne

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan tapak seluas 15 ekar bagi pembangunan pusat kajian Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, dalam usaha menjadikan wilayah ini hab penyelidikan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi tinggi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan pusat ini bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memproses sumber-sumber Sarawak […]

Limbang, Lawas berpotensi pusat tanaman padi komersial

LAWAS: Kawasan di utara Sarawak khasnya Limbang dan Lawas berpotensi dijadikan pusat penanaman padi secara komersial sebagai usaha meningkatkan ekonomi penduduk. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kawasan yang dirancang antaranya Merapok, Sundar, Trusan, Long Semadoh, Bakelalan serta beberapa kawasan lain yang berpotensi. Selain itu katanya, Limbang dan Lawas bakal dijadikan […]

Pelajar, guru Singapura lawat TEGAS Digital Village

​KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menyambut lawatan seramai 38 pelajar dan guru dari St. Andrew’s Secondary School, Singapura di TEGAS Digital Village (TDV), di sini, hari ini. Menurut kenyataan TEGAS, lawatan mereka ke hab inovasi utama Sarawak terbabit untuk pendedahan kepada ekosistem teknologi dan kreativiti Borneo. ​Selain itu kunjungan ini merupakan tindak balas […]

Dagangan Sarawak-Brunei berkembang, cecah RM3.39 bilion

BANDAR SERI BEGAWAN: Hubungan dagangan antara Sarawak dan Brunei Darussalam terus berkembang kukuh dengan merekodkan RM3.39 bilion nilai dagangan pada 2024, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur terhadap potensi negeri ini di peringkat serantau dan antarabangsa. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, jumlah tersebut menunjukkan hubungan ekonomi yang semakin dinamik antara Sarawak dan […]

Wujudkan program khas bantu pelajar lepasan STPM

KUCHING: Program khas bagi membimbing pelajar Tingkatan Enam perlu diwujudkan untuk menentukan hala tuju kerjaya sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata program itu penting agar pelajar memilih bidang yang menepati keperluan pasaran kerja dan agenda pembangunan negeri. […]

Sarawak pelajari pendekatan teknikal, strategi pelaksanaan infrastruktur kawasan berbukit

CHENGDU: Kerajaan Sarawak melangkah ke hadapan dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur apabila delegasi diketuai Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengadakan lawatan rasmi ke Chengdu, China, baru-baru ini. Lawatan tersebut membuka ruang kepada Sarawak untuk mempelajari pendekatan teknikal dan strategi pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar yang dilaksanakan di kawasan berbukit serta bergunung di China. Delegasi […]

Samarahan catat jangkaan hayat tertinggi

KUCHING: Sarawak adalah antara empat negeri di negara ini yang mempunyai jangkaan hayat melebihi paras nasional pada tahun 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), di Samarahan jangkaan hayat ketika lahir terus meningkat – 79.8 tahun pada 2023, 80.4 tahun pada 2024 dan 80.9 […]

Ekosistem sokongan bantu warga emas

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) bersama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membangun ekosistem sokongan komprehensif untuk warga emas. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan ekosistem sokongan itu merangkumi peningkatan akses jagaan kesihatan, memperluaskan khidmat sosial dan mengukuhkan bantuan kewangan supaya jangka […]

Tiga projek mega Cahya Mata Sarawak bakal lonjakkan pertumbuhan ekonomi

KUCHING: Tiga projek mega yang dilaksanakan oleh Cahya Mata Sarawak di negeri ini apabila siap kelak akan memberi impak ketara kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak dan masyarakat sekeliling. Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib berkata, tiga projek terbabit ialah membina loji Klinker baharu di Mambong, Pusat Persidangan Borneo Kuching 2 dan […]

Sarawak giat bangunkan tenaga bersih – Premier

SINGAPURA: Meningkatkan pembangunan tenaga bersih diberikan keutamaan dalam 15 strategi peringkat tertinggi corak pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan tenaga bersih itu amat penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak pada masa akan datang. “Sejak tahun lalu, Sarawak memperkenalkan tiga dasar baharu […]