Category: Umum

Kawasan Pantai Damai berpotensi jadi pengeluar tembikai terbesar Sarawak

KUCHING: Kawasan Pantai Damai berpotensi menjadi antara pengeluar tembikai terbesar di Sarawak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Katanya, ini berikutan keluasan tanah yang sesuai serta penglibatan aktif penduduk dalam sektor pertanian kontan. Beliau berkata, kawasan Telaga Air […]

Usahawan digalak kuasai platform digital, luaskan pasaran perniagaan

KOTA SAMARAHAN: Usahawan digalak memanfaatkan teknologi digital serta platform media sosial bagi mengembangkan perniagaan sekali gus meningkatkan pendapatan keluarga. Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, penggunaan platform seperti Facebook, TikTok dan jualan dalam talian membantu usahawan tempatan memperluaskan pasaran produk selain meningkatkan daya saing dalam ekonomi […]

Perjuangan MA63 teras kekuatan GPS peringkat Persekutuan

SIBU: Kekuatan dan perpaduan parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi faktor penting dalam menentukan kestabilan politik negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS muncul sebagai antara penentu utama dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan ketika negara berdepan ketidaktentuan politik susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri […]

Perlawanan persahabatan pickleball perkukuhkan hubungan penjawat awam, GPS Backbenchers

KUCHING: Kejohanan yang berlangsung di Star Pickleball Kuching pagi tadi merupakan penganjuran pertama bagi acara pickleball melibatkan kedua-dua pihak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas meluangkan masa bergambar bersama peserta. Sejurus selepas itu, beliau turut menerima cenderamata berupa ‘paddle’ pickleball daripada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki […]

Pelabuhan Tanjung Embang tampung pertambahan kargo Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Senari akan berpindah operasi ke Pelabuhan Tanjung Embang yang akan dibangunkan bagi memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai hab perdagangan serantau. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini memandangkan operasi Pelabuhan Senari yang mungkin tidak dapat menampung pertambahan kargo hasil perkembangan ekonomi Sarawak. Katanya, Pelabuhan Tanjung Embang yang dirancang […]

SKAS: Kerajaan fokus bantu ringankan beban rakyat

SIBURAN: Seramai 874,878 rakyat Sarawak menerima manfaat daripada penyaluran kedua Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang bermula hari ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan tersebut diharap dapat dimanfaatkan, khususnya oleh masyarakat Dayak, untuk membeli barangan keperluan sempena sambutan Gawai. Jumlah bantuan itu kata Premier, turut ditingkatkan pada […]

19 Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak angkat sumpah pelantikan semula

KUCHING: Seramai 19 individu mengangkat sumpah pelantikan semula sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Majlis angkat sumpah tersebut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini. Mereka yang dilantik semula ialah Sarkawi Suhaili, Fridah Osman, Petrus Igat Mathias, […]

Sarawak Water sumbangkan zakat korporat RM325,000 kepada Baitulmal Sarawak

KUCHING: Sarawak Water Sdn Bhd buat julung kali menunaikan zakat korporat syarikat tersebut berjumlah RM325,000.00 kepada Baitulmal Sarawak, pada tahun ini. Simbolik penyerahan zakat dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Sarawak Water Sdn Bhd Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan diterima Mufti Sarawak Datuk Khalidi Ibrahim. Majlis penyerahan disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]

11 agensi terima Sumbangsih Gawai Dayak 2026

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) mengagihkan sebanyak 11,900 pek makanan Sumbangsih Gawai Dayak 2026. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Gawai Dayak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, […]

Pendekatan inklusif diperkukuh rai perayaan utama di Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh pendekatan inklusif dalam meraikan kepelbagaian kaum dan budaya di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam mengiktiraf kepelbagaian budaya dan perayaan utama rakyat Sarawak. “Kebiasaannya, kita memberikan bantuan sumbangsih ini pada Hari Raya dan pada tahun ini, […]