Category: Umum

Festival Maal Hijrah mulai 12-21 Jun depan

KUCHING: Festival Maal Hijrah 1448H/2026M (FMH) bakal kembali mewarnai sambutan tahun baharu Islam di negeri ini, berlangsung selama 10 hari mulai 12 hingga 21 Jun depan di Dewan Serbaguna Taman Sukma. Penganjuran festival tahunan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) itu bukan sahaja mengetengahkan penghayatan semangat penghijrahan, malah menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat […]

Status 17 kerusi baharu DUN Sarawak masih tertangguh, tidak wajar jadi polemik

KUCHING: Sarawak sekali lagi menyuarakan kebimbangan berhubung status cadangan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih belum dibentangkan di Parlimen sehingga kini. Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu sepatutnya tidak lagi menjadi polemik memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang […]

SMD Semiconductor, syarikat antarabangsa meterai MoU, pacu industri teknologi bernilai tinggi

KUCHING: Sarawak menerusi SMD Semiconductor terus memacu pembangunan industri teknologi bernilai tinggi menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Singapore Linyang Energy Technology Pte. Ltd. dan Photovoltaic Foundry Pte. Ltd. Pemeteraian kerjasama itu disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini. Pertukaran MoU […]

Sarawak, Singapura bekerjasama bina koridor tenaga hijau serantau

SINGAPURA: Hubungan erat di antara Sarawak dan Singapura kini berkembang melangkaui kerjasama ekonomi tradisional apabila kedua-dua wilayah bergerak seiring membentuk ekosistem tenaga hijau serantau yang lebih mampan dan saling berhubung. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama strategik yang sedang dibina antara kedua-dua pihak bukan sekadar melibatkan urusan perdagangan tenaga, […]

SRAS ditingkatkan kelayakan, tempoh bantuan dipanjangkan

KUCHING: Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) ditambahbaik dengan kelayakan had pendapatan isi rumah ditingkatkan dan memanjangkan tempoh bantuan sewa. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Fathi Hambali berkata peningkatan had pendapatan isi rumah itu dari RM4,556 kepada RM5,504 sekali gus meluaskan kelayakan penerima. “Tempoh bantuan sewa turut dipanjangkan daripada 36 bulan kepada 48 […]

SMK Bukit Goram bakal dibina, pendidikan pedalaman diperkasa

KAPIT: Pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goram bakal membuka lembaran baharu pendidikan di pedalaman apabila projek tersebut bakal menyediakan kemudahan pembelajaran moden dan kondusif setanding sekolah di bandar. Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek itu merupakan pelaburan besar dalam sektor pendidikan di Kapit dan akan […]

Sarawak peruntuk RM376 juta, perkukuhkan bantuan utiliti rakyat

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh komitmennya menjaga kebajikan rakyat menerusi pelbagai bantuan utiliti termasuk pemberian diskaun bil elektrik dan air yang melibatkan peruntukan keseluruhan lebih RM376 juta tahun ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Kerajaan Sarawak memberikan diskaun 25 peratus kepada bil bekalan elektrik bermula April hingga Disember tahun ini […]

Pelabuhan utama Sarawak dikorporatkan, diklusterkan

BINTULU: Kesemua enam pelabuhan utama di Sarawak termasuk Pelabuhan Bintulu di sini bakal dikorporatkan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata ini menerusi pelaksanaan Kajian Induk Pelabuhan Sarawak. “Kita akan korporatkan semua pelabuhan di Sarawak termasuk Pelabuhan Bintulu supaya pengurusannya lebih cekap dan berdaya saing,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis […]

Agenda pembangunan Kapit diperkasa

KAPIT: Pembangunan di bahagian ini akan terus diperkasakan dan menjadi keutamaan dalam kalangan pemimpin tempatan. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini termasuk beliau sendiri sebagai menteri dan Ahli Parlimen Kapit. “Walaupun tanggungjawab saya sebagai Menteri Kerja Raya meliputi seluruh Malaysia, komitmen terhadap pembangunan Kapit tetap menjadi keutamaan,” katanya. Beliau berkata demikian […]

Premier Sarawak mulakan lawatan kerja ke Singapura

SINGAPURA: Lawatan kerja rasmi selama dua hari Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Singapura bermula hari ini mencerminkan komitmen berterusan negeri ini dalam memperkukuh agenda pembangunan mampan. Selain itu, lawatan itu akan memperluaskan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa. Sepanjang lawatan tersebut, beliau dijadual menghadiri Philanthropy Asia Summit 2026 yang berlangsung […]