KUCHING: Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) ditambahbaik dengan kelayakan had pendapatan isi rumah ditingkatkan dan memanjangkan tempoh bantuan sewa.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Fathi Hambali berkata peningkatan had pendapatan isi rumah itu dari RM4,556 kepada RM5,504 sekali gus meluaskan kelayakan penerima.
“Tempoh bantuan sewa turut dipanjangkan daripada 36 bulan kepada 48 bulan bagi memberi sokongan yang lebih lama kepada penerima,” katanya dalam kenyataan HDC hari ini.
Fathi menambah langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada kediaman yang selamat dan mampu disewa.
Selain itu, skim ini kini meliputi 10 daerah iaitu Kuching, Samarahan, Sibu, Miri, Bintulu, Serian, Siburan, Sri Aman, Betong dan Mukah.
