KUCHING: Penipuan e-dagangan merekodkan jumlah kes tertinggi daripada sebanyak 1,568 kes berkaitan pelbagai jenayah siber di negeri ini sejak Januari hingga Oktober 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kes berkaitan pelbagai jenayah siber sepanjang tempoh itu melibatkan kerugian berjumlah lebih RM64.9 juta. “Penipuan e-dagang sahaja merekodkan 513 kes […]
Ketua jabatan disaran teliti semula prosedur kerja seiring kepesatan teknologi
KUCHING: Ketua jabatan dalam perkhidmatan awam Sarawak disaran meneliti semula prosedur kerja yang sudah tidak lagi relevan. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, seiring dengan kepesatan teknologi, penjawat awam tidak boleh terus terikat kepada rutin lama dan kelewatan, kerenah birokrasi serta sikap menunggu arahan perlu dihentikan. “Justeru, saya menyarankan ketua jabatan […]
10 OSIEC di Sarawak menjelang 2030
KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan enam lagi Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSIEC) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini merangkumi kawasan Bintulu, Limbang, Lawas, Betong, Serian dan Kapit. “Dengan adanya OSEIC sedia ada di Kuching, Dalat, Miri dan Samarahan, jumlah keseluruhan OSEIC […]
DBKU komited pulihara warisan budaya bandaraya Kuching
KUCHING: Kejadian sebahagian dinding sebuah lot rumah kedai di Jalan Padungan yang runtuh baru-baru ini, meninggalkan kesan kepada masyarakat kerana bangunan lama itu adalah sebahagian daripada warisan bandaraya Kuching. Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dato Hilmy Othman menzahirkan rasa bimbangnya mengenai isu terbabit dan bersedia bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam […]
Peruntukan RM8.3 juta projek SejaTi MADANI dilulus, 85 JKKK dapat manfaat
KABONG: Peruntukan projek Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) bagi 85 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Daerah Kabong diluluskan. Peruntukan keseluruhan itu membabitkan RM8.3 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ini menjadikan Daerah Kabong antara daerah yang tertinggi memperoleh kelulusan projek itu. Katanya, peruntukan projek itu disalurkan bagi […]
Berwajah baharu, TVS bakal miliki bangunan sendiri 2027
KUCHING: Stesen penyiaran milik Sarawak, Televisyen Sarawak (TVS) bakal memiliki bangunan sendiri yang dijangka siap pada 2027. Berkongsi berita gembira itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bangunan ini nanti akan dibangun berdekatan Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, di sini. Jelas beliau, jangkaan siap itu bertepatan penganjuran Sukan Asia Tenggara […]
Kerajaan mahu penduduk luar bandar nikmati hasil pembangunan – Len Talif
SARIKEI: Seramai 51 pemilik tanah menerima cek pampasan bagi Projek Jalan SK Muara Payang di Kampung Bugis/Bukit Huang/Skim Muara Payang, di sini, hari ini. Mereka menerima cek pampasan berjumlah RM644,995.60 bagi projek jalan sepanjang tujuh kilometer (km) di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak (IAC) Bahagian Sarikei. Projek di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dan […]
Kampung Debah bakal dibangun secara komersial
SARIKEI: Kampung Debah, kampung asal Sarikei akan dibangun secara komersial bagi memastikan nilai tambah aset kepada pemilik tanah. Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, pelan induk pembangunan kampung berkenaan dipersetujui Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. “Pemilik tanah juga akan dibayar pampasan dan […]
Jambatan ikonik Jepak pemangkin gelombang kedua pembangunan Bintulu
BINTULU: Sarawak terus menerima pengiktirafan dunia apabila Bintulu dikenal pasti sebagai salah satu dari empat kluster industri rendah karbon di peringkat global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kelebihan itu menjadikan Bintulu satu-satunya di Malaysia yang menerima pengiktirafan sedemikian daripada Forum Ekonomi Dunia (WEF). Katanya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh […]
363 lampu solar dipasang di rumah panjang, kampung
SARATOK: Sebanyak 363 lampu solar akan dipasang di kampung dan rumah panjang sekitar Daerah Saratok, Kabong dan Roban di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek pemasangan lampu itu membabitkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta. “Projek ini telah diluluskan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun ini berjumlah RM410,000 manakala […]
