Category: Umum

Atlet SUKSAR akan dinilai sebelum layak ke SUKMA

SIBU: Atlet pemenang Termasya Sukan Sarawak (SUKSAR) akan dinilai semula sebelum layak mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, ini kerana setiap sukan mempunyai tahap yang perlu dipertingkatkan. “Kita akan melihat prestasi mereka, dari maklumat yang kita dapat setiap sukan ada […]

Tindakan bersepadu, strategik tangani isu remaja hamil

KUCHING: Pembentangan statistik trend kehamilan remaja bagi tempoh 2016 hingga Disember 2023 oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Sekretariat Jawatankuasa Kehamilan Remaja Sehenti (OSTPC) adalah antara perkara utama dibincang pada mesyuarat OSTPC di sini, hari ini. Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti(KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah. Fatimah yang juga Pengerusi OSTPC […]

Tengku Hassanal berangkat tiba di Kuching

KUCHING: Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Musafa Billah Shah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Ketibaan Tengku Hassanal disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni. Tengku Hassanal berada di sini untuk rangka lawatan selama […]

Parti PBB mahu politik nasional stabil – Abang Johari

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memainkan peranan membantu kestabilan politik di peringkat nasional. Premier Sarawak merangkap Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini amat penting kerana parti itu sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan. “Kita (Parti PBB) akan memberikan input,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis […]

Orang ramai dipelawa saksikan Termasya Sukan Sarawak mulai 15 Januari ini

SIBU: Orang ramai dijemput menyaksikan sebanyak 13 acara sukan yang dipertandingkan di 12 lokasi berasingan pada Termasya Sukan Sarawak (SUKSAR) Ketiga di Sibu mulai 15 hingga 18 Januari ini. Jawatankuasa Induk SUKSAR, Mikar Changgan berkata, kehadiran orang ramai akan membangkitkan lagi semangat atlet untuk bertanding. Katanya, setakat ini semua atlet dari keempat-empat zon telah mendaftar […]

Sarawak perlukan 500 jurutera bidang semikonduktor, reka bentuk cip

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih 400 jurutera dalam bidang semikonduktor dan reka bentuk cip bagi memenuhi sasaran melahirkan seramai 500 jurutera atau pereka cip dalam industri itu. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata setakat ini, Sarawak hanya mempunyai 25 pereka cip namun yakin jumlah itu akan meningkat. ‘’Sarawak memerlukan 500 jurutera […]

Townhall Bersama Premier platform dedahkan inisiatif, strategi kerajaan

KUCHING: Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier sebagai platform terbaik untuk mendedahkan perancangan, inisiatif dan strategi yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak. Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ia juga dapat berkongsi mengenai inisiatif dan visi yang dibawa pemimpin negeri ini susulan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari […]

GPS mahu keputusan PRU lalu diterima hingga tamat tempoh

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memegang jawatannya sehingga selesai tempohnya. “Kalau Anwar (sebagai) Perdana Menteri dah sana, biarkanlah sampai habis (tempohnya),” menurut Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata demikian ketika Sesi Townhall 7 Tahun Bersama YAB Premier Sarawak […]