Category: Umum

Proses jual Hotel Merdeka Palace pada Permodalan Satok Berhad hampir selesai

KUCHING: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan proses penjualan Hotel Merdeka Palace di Kuching kini hampir selesai. Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah itu diambil setelah persetujuan dicapai dengan Pemodalan Satok Berhad (PSB), bagi memastikan pengurusan hotel bersejarah itu selaras dengan kepentingan negeri dan negara. Beliau berkata, peringkat terakhir kini menunggu kelulusan […]

Tender fasa kedua Digital Nomad bakal dibuka, kapasiti berganda

KUCHING: Projek fasa kedua pembangunan Digital Nomad yang mampu menampung sehingga 1,000 peserta di sini dijangka dibuka proses tender bulan depan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, reka bentuk projek telah diluluskan dan dianggarkan mengambil masa antara 30 hingga 36 bulan untuk disiapkan sepenuhnya. “Tender dijangka dibuka […]

Pembantu perubatan pelopor perubahan – Hanifah

BINTULU: Profesion Pembantu Perubatan (PPP) adalah penghubung utama antara sistem kesihatan dengan masyarakat, kata Timbalan Menteri Keshatan, Datuk Hanifah Hajar Taib. Justeru beliau menggesa, PPP supaya bergerak seiring dengan era kemajuan teknologi dan transformasi landskap kesihatan global. Era kemajuan teknologi itu merangkumi inovasi digital, amalan klinikal terkini, serta pendekatan rawatan yang lebih holistik dan berpusatkan […]

Lapan kanak-kanak disyaki tibi ditempatkan pusat perlindungan sementara

KUCHING: Lapan kanak-kanak yang disyaki dijangkiti penyakit tibi akan ditempatkan di pusat perlindungan sementara selepas dibenarkan keluar dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dijangka pada penghujung bulan ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, kesemua kanak-kanak berkenaan kini masih menerima rawatan dan pemantauan rapi di wad kanak-kanak hospital tersebut. “Tempoh pemerhatian […]

Program pelanggan Baitulmal bantu tambah baik perkhidmatan

DARO: Hari Bersama Pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak menjadi medan penting dalam memperkukuh kepercayaan masyarakat menerusi komunikasi yang lebih telus, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad. Selain itu katanya, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar. Beliau berkata, program itu turut membuka ruang kepada masyarakat untuk menyuarakan pandangan dan maklum balas secara […]

Sarawakku Sayang dekati rakyat, perkukuhkan perkhidmatan kerajaan

LIMBANG: Limbang dipilih sebagai lokasi pertama daripada 12 Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 anjuran Kerajaan Sarawak. Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Jabatan Premier Sarawak dalam kenyataannya berkata, program itu merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pendekatan turun padang bagi mendekati rakyat serta memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat dilaksanakan secara lebih cekap, menyeluruh dan berkesan […]

Kerajaan Sarawak salurkan geran pada persatuan belia, sukan

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkukuhkan pembangunan belia dan sukan negeri menerusi penyaluran geran berjumlah RM1.93 juta kepada pelbagai persatuan tahun ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memajukan ekosistem sukan negeri. Menurutnya, geran tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya tanda […]

Minyak mentah Sarawak bernilai tinggi, sesuai industri berteknologi tinggi

KUCHING: Nilai komersial minyak mentah Malaysia, khususnya dari Sarawak, berpotensi dipertingkatkan apabila dimanfaatkan dalam sektor bernilai tinggi berbanding penggunaan domestik konvensional. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh daya saing industri, malah mampu menjana pulangan ekonomi yang lebih mampan dan strategik kepada negeri serta negara. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia […]

Abang Johari dilantik penaung Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik sebagai penaung bagi Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak (PKWPS). Presiden PKWPS, Dr. Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad berkata pihaknya gembira dengan persetujuan Premier Sarawak untuk memegang peranan tersebut. “Kami amat gembira apabila Yang Amat Berhormat Premier Sarawak bersetuju menjadi penaung kepada pertubuhan […]