Dana Sejati Madani RM1.27 juta dilulus untuk JKKK Daerah Pusa

BETONG: Dana Sejati Madani berjumlah RM1.27 juta diluluskan untuk 13 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Pusa.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadilah Yusof berkata, ini melibatkan bantuan untuk program seperti Pertanian Pintar Fertigasi Cili, Perternakan Ikan Talapia Merah dan Kemudahan Sewaan PA System/Kanopi/Alat Muzik.

“JKKK hendaklah memastikan peruntukan yang diberi diuruskan sebaik mungkin demi manfaat JKKK dan penduduk,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Dana Sejati Madani Daerah Pusa di Dewan Rahmaniah Pusa, di sini, semalam.

Selain itu, Fadillah berkata sekiranya JKKK tiada kepakaran untuk tadbir urus dan mengembangkan kewangan, mereka diminta mendapatkan nasihat serta pandangan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pakar.

“Jangan malu bertanya dan pergilah mendalami ilmu pengurusan akaun serta perniagaan,” tambahnya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor dan ADUN Lingga.
Dayang Noorazah Awang Sohor.