LUNDU: Sebanyak tiga Projek Rakyat dan satu Projek Transformasi Luar Bandar (RTP ) di sini sudah siap dan diserahkan kepada kontraktor projek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyaksikan penyerahan projek itu.
Tiga projek rakyat yang siap ialah Pembinaan Bangunan Medan Selera Lundu 2 yang menempatkan lapan gerai menjual makanan dan minuman serta ruang legar luas untuk mengadakan aktiviti.
Kedua, ialah naik taraf dan membaiki Kompleks Sukan Lundu membabitkan kerja membaiki litar lumba lari, padang bola , pentas utama dan gelanggang badminton yang menepati piawaian acara sukan Peringkat Negeri dan Kebangsaan.
Ketiga, ialah naik taraf Jalan Titi Kayu di Kampung Sekambal Melayu dan Kampung Stunggang Melayu Baru yang keseluruhan melibatkan enam kampung termasuk Kampung Stunggang Melayu Lama , Trusan Jaya , Sileng Dayak dan Kampung Sg Lundu.
Manakala, projek RTP yang siap ialah bina baharu Bumbung Gelanggang Futsal ll di Kompleks Sukan Lundu termasuk naik taraf pagar gelanggang.
Hadir sama , Pegawai Daerah Lundu , Awang Mostapha Awang Yusup, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim, Ketua Pergerakan Pemuda PBB N3 Tanjong Datu , Kaunselor Mohd Rhadzie Kassim dan Ketua Pergerakan Wanita PBB N3 Tanjong Datu, Fatimah Abdullah.
