SANTUBONG: Festival Renang Autisme Malaysia (MASF) menyediakan platform bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni terutamanya anak-anak autisme.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ibu bapa yang membesarkan anak autisme memerlukan banyak sokongan daripada komuniti.
”Kesabaran ibu bapa dalam mendidik dan menjaga anak-anak autisme ini meletakkan mereka sebagai kelompok istimewa yang sabar dan sedia berkorban untuk melihat serta meraikan kejayaan anak mereka.
”Tidak dapat dinafikan, menjaga dan membesarkan kanak-kanak autisma bukannya mudah, ia merupakan proses yang amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
”Sebuah komuniti yang penyayang, sejahtera dan inklusif adalah tunjang kejayaan sebuah institusi keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Renang Autisme Malaysia (MASF) anjuran Pusat Sukan Hawary di sini, hari ini.
GAMBAR: Hajah Nancy Haji Shukri
