Jalan akses ke LTAK dijangka siap 2026

KUCHING: Projek pembinaan jalan akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bernilai RM266 juta dijangka siap pada suku kedua 2025.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek itu nanti akan melibatkan pembinaan tiga jambatan konkrit.

“Ia merupakan antara beberapa projek pembangunan infrastruktur sebagai perancangan strategik untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di antara Bandaraya Kuching dan Samarahan,” katanya.

Belau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan, Datuk Hamzah Ibrahim (GPS-Stakan) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 di sini, pagi tadi.

Sementara itu, ADUN Kuala Rajang itu menjelaskan, projek lain pula adalah membangunkan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) melibatkan laluan pertama Sistem Aliran Transit Automasi (ART) dari Rembus, Kota Samarahan sehingga ke HIKMAH Exchange, Kuching.

“Ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan kenderaan persendirian dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bandar raya Kuching dan Samarahan.

“Selain jajaran jalan raya sedia ada, beberapa jalan alternatif yang menghubungkan Kuching dan Samarahan juuga sedang dilaksanakan seperti Jalan penghubung dari Kampung Tanjung Bako sedia ada ke Estet Perindustrian Samarahan (Extension) yang dijangka siap pada 8 Februari 2026.

“Sementara jalan penghubung dari kawasan Stutong ke Jalan Datuk Muhamad Musa Samarahan,” katanya.