KUCHING: Beberapa jalan utama di Kuching akan ditutup secara berperingkat Ahad ini sempena Larian Baton Sukma dan Para Sukma XXI 2024.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, penutupan jalan akan dilaksanakan secara bermula jam 5.30 pagi sehingga 8.15 pagi.
“Antara jalan terlibat adalah Jalan Main Baazar menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg; Jalan Haji Taha menghala ke Jalan Gambir; Jalan Mcdougall menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg serta lampu isyarat RTM menghala ke Jalan Barrack.
“Selain itu, Jalan Padungan dari arah bulatan Sri Aman menghala ke Tunku Abdul Rahman; Jalan Temple menghala ke Jalan Main Bazaar; sepanjang Jalan Gambir dan Jalan Bukit Mata,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Ashmon, program yang bakal dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terbabit juga dijangka akan disertai lebih kurang 3,000 peserta larian.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar menggunakan laluan alternatif lain seperti kenderaan melalui Jalan Tabuan dari arah Jalan Simpang Tiga dinasihatkan bergerak ke Jalan Central Timur atau melalui Jalan Ban Hock.
“Bagi kenderaan dari arah Jalan Haji Taha dinasihatkan membuat pusingan “U” di bulatan Masjid Bahagian untuk mengelak kesesakan di lokasi penutupan jalan
Gambir.
“Kenderaan yang datang dari arah Jalan Pending dinasihatkan membuat pusingan “U” Bulatan Sri Aman bagi mengelakkan kesesakan di Jalan Padungan.
“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang laluan larian dan merancang perjalanan masing-masing.
“Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900,” katanya.
