Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak mulai 9-10 November

KUCHING: Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak dan Permukiman Komuniti MADANI Sarawak 2024 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Penview (PCC), di sini mulai 9 hingga 10 November ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata, karnival bertujuan
merapatkan perpaduan dan persefahaman selain merapatkan jurang maklumat dalam kalangan rakyat mengenai inisiatif dan polisi kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, menerusi karnival ini masyarakat sekitar dapat mengetahui Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat program terbabit di ibu pejabat Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak, di sini, hari ini.

Abdullah Saidol berkata, aktiviti menarik karnival termasuk Infiesta PENTARAMA, Taklimat Belanjawan 2025, Jualan Rahmah, Demonstrasi Penghasilan Kraftangan dan Pembuatan Produk berasaskan Koko.

Di samping itu Car Boot Sale, cabutan bertuah, reruai Komuniti MADANI, kaunter perkhidmatan, jualan kraftangan dan makanan, pameran pelbagai agensi dan jabatan serta kuiz kenegaraan.

GAMBAR:JAPEN