SIBU: Kajian akan dijalankan bagi menilai keberkesanan bantuan racun perosak dan baja daripada Kerajaan Sarawak untuk tanaman jagung muda di Rumah (Rh) Bungan, di sini.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan, Bakat Datuk Annuar Rapa’ee, analisa peningkatan pendapatan peserta kawasan boleh dijadikan bukti keberkesanan projek.
“Setiap jagung muda dijual pada harga 30 sen, tetapi pendapatan peserta (projek tanaman jagung muda) dari RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan racun perosak dan baja keseluruhannya bernilai RM290,000 di Rh Bungan kepada 28 peserta dari Rh Bungan dan seorang peserta dari Rh Dick.
Katanya, setiap peserta diberikan bantuan itu hampir RM10,000 seorang dan mereka tidak perlu lagi membeli baja dan racun selama setahun.
