Kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak diperkukuh

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin di Wisma Sumber Alam, di sini, semalam.

Kunjungan bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak berkaitan isu-isu antarabangsa melibatkan negeri ini.

Ini juga bagi membincangkan pendekatan bersama dalam menangani kepentingan Sarawak dalam hal ehwal luar negara serta mempertingkatkan peranan negeri dalam rangka hubungan antarabangsa Malaysia.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDENR), Datu Abdullah Julaihi; Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Awang Zamhari Awang Mahmod; dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli.