LUNDU: Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) daerah Lundu digesa supaya peka dengan kemajuan di kampung masing-masing, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.
Katanya, ini untuk membolehkan penduduk memahami apa yang dilakukan oleh wakil rakyatnya.
Beliau berkata, dengan mendedahkan maklumat yang berlaku di kampung masing-masing, penduduk akan mendapati mereka tidak ketinggalan daripada mengecapi kemajuan.
“Perubahan zaman sekarang membolehkan maklumat diakses dan disalurkan dengan cepat,” katanya pada majlis penyampaian sijil pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N3 Tanjong Datu dan sesi penyampaian sijil pengiktirafan sebagai Anak Negeri Sarawak di di sini, hari ini.
Azizul menegaskan, KMKK harus bergerak selari dengan pembangunan infrastruktur digital yang inklusif kerana untuk sebarang permohonan yang diajukan ke Pejabat Pusat Khidmat N3 haruslah melalui ketua kaum (KK).
“Perkara ini dimaklumkan kepada kaunselor Majlis Daerah Lundu (MDL) pada program Taklimat Projek bersama agensi Rabu lalu. Program ini juga akan diadakan untuk KMKK mengikut zon,” tegas beliau.
Seramai 42 KK dilantik semula dan sembilan lantikan baharu, lapan P
0enghulu dilantik semula dan seorang lantikan baharu.
Manakala untuk jawatan Pemanca dua dilantik semula dan seorang lantikan baharu.
Seramai lapan penerima urut menerima Sijil Pengikhtirafan sebagai Anak Negeri Sarawak.
