KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menyampaikan Sumbangan Derma Ramadan kepada seramai 2,179 murid daripada 16 sekolah di sini sejak 2 hingga 5 Mac 2026.
Program sumbangan duit raya tahunan ini bagi membantu keluarga penerima membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri.
Sasaran program ialah murid-murid kategori anak yatim dan dari keluarga kurang berkemampuan berdasarkan data oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Pejabat Pendidikan Daerah Padawan.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamad Feisal Said dan Ketua-ketua Pegawai LAKMNS.
Abdul Hadi berkata, melalui program ini, LAKMNS berharap dapat memberi keceriaan kepada murid dan membantu meringankan beban ibu bapa atau penjaga.
