Lawas miliki kedudukan strategik ekonomi Utara Sarawak

LAWAS: Kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan bagi memacu sektor ekonomi di utara Sarawak.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, ini merangkumi pembinaan prasarana dan kemudahan itu yang sedang giat dilaksana di Lawas.

Beliau berkata, antaranya pembinaan lapangan terbang di samping projek pelabuhan laut dalam di Kuala Lawas yang peruntukannya untuk sudah diluluskan.

“Projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lawas juga sudahpun dilulus dan akan bermula pada tahun ini sementara projek Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) sedang dalam pelaksanaan selain Sarawak Sabah Link Road (SSLR),” katanya.

Beliau yang mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian pada Program Memacu Kehidupan Towards Uplifting Lives(TULIP) di Dewan Masyarakat Long Sukang, di sini, hari ini.

Henry Sum berkata, semua kemudahan ini dirancang sesuai dengan Lawas memiliki kedudukan strategik ekonomi antara sempadan di Utara Sarawak.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd(PCSB) Sarawak Asset Shalby Reduan, Pengurus Besar Malaysia Petroleum Management M Abshar M Nor, Pensyarah Kanan Faculty of Science Management and Computing Universiti Teknologi Petronas Dr. Nasir Abdul Jalil.