Lawas pesat membangun, bakal jadi bandar moden menjelang 2030

LAWAS: Lawas akan menjadi bandar moden di utara negeri ini menjelang 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, ini kerana daerah ini telah pesat membangun berkat kepimpinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepanjang 62 tahun sejak penubuhan Persekutuan Malaysia.

“Menjelang tahun 2030, Lawas akan menjadi bandar moden yang banyak infra dan bangunan pencakar langit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada perasmian program konvoi Jalur Gemilang Peringkat daerah Lawas di Dewan Kampung Luagan, Sundar di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, wakil Pengarah Penerangan Sarawak Roszilawati Nor Aziz.