Masjid, surau DUN Kuala Rajang terima dana

SARIKEI: Dana berjumlah RM71,000 diserahkan kepada masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh menyampaikan dana terbabit kepada wakil-wakil masjid dan surau.

“Ini termasuk Masjid Nur Permai di Jalan Permai, Sarikei,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan dana bagi Masjid, Surau dan Apron di Dewan Komuniti Masjid Al Muttaqin, di sini, malam tadi.

Len Talif turut menyempurnakan simbolik penyerahan apron kepada 200 penjaja di Bazar Ramadan Sarikei yang diketuai oleh Awangku Aharruddin Awang Fauzi, bersama 20 wakil penjaja yang lain.

Beliau juga menyempurnakan simbolik penyerahan sebanyak 2,797 pek kurma kepada ketua kaum di Zon Sarikei agar dapat dinikmati oleh masyarakat Ramadan ini.