Banjir: Lima PPS dibuka, beri kerjasama pada agensi terlibat

KUCHING: Setakat ini sebanyak lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di sekitar bandar raya ini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini melibatkan Dewan Masyarakat Stapok, Dewan Sinar Budi Baru, Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu, Dewan Taman Malihah serta Surau […]

Projek bina jajaran jalan baharu ke Kampung Sawai dijangka bermula 2026

DARO: Pembinaan jajaran jalan baharu menghubungkan ke Kampung Sawai yang diluluskan peruntukan berjumlah RM65 juta dijadual bermula tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad berkata, jajaran itu disifatkan sebagai projek berimpak tinggi yang bakal meningkatkan tahap perhubungan serta akses penduduk luar bandar. Selain itu, ia menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi setempat. […]

Banjir: Sarawak perluaskan pangkalan operasi hadapan

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari peringkat bahagian hingga ke daerah termasuk agensi-agensi kerajaan berkaitan digesa bersiap siaga menghadapi banjir. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hujan berpanjangan yang kebiasaannya bermula dari Januari hingga Februari setiap tahun dijangka sekali lagi mengundang fenomena alam itu. “Kita minta rakyat […]

Sambut tahun 2026 dengan semangat kebersamaan

KUCHING: Semangat kebersamaan, rasa saling menghormati dan jalinan silaturahim hendaklah terus dipelihara ketika sambutan tahun baharu 2026 di Sarawak. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tahun baharu perlu dijadikan medan memperteguh iltizam, memperkemas pelaksanaan serta memastikan setiap usaha diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat bersama. “Dalam konteks ini, semangat […]

2026 fasa penting menuju wilayah maju

KUCHING: Tahun 2026 menandakan fasa penting dalam usaha menuju wilayah maju 2030, dengan fokus kepada ekonomi berimpak tinggi dan pembangunan infrastruktur untuk masa hadapan, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, tahun 2026 juga membawa sinar baharu dengan pengoperasian AirBorneo, yang akan meningkatkan kesalinghubungan udara serta merancakkan pelancongan, perdagangan dan […]

AirBorneo lengkapkan pengambilalihan MASwings

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak, AirBorneo Holdings Sdn Bhd memuktamadkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd berkuat kuasa 1 Januari 2026. Majlis bersejarah pemuktamadan pengambilalihan itu diadakan di Kuala Lumpur hari ini antara pihak AirBorneo Holdings dan Malaysia Aviation Group (MAG). Hadir mewakili AirBorneo Holdings ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi AirBorneo Holdings Datuk Amar […]

Kajian penubuhan sekolah perubatan di UTS

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) melantik seramai enam ahli panel bagi melaksanakan kajian kebolehlaksanaan penubuhan sekolah perubatan di universiti itu. Mereka diberi tempoh enam bulan untuk menyediakan laporan kajian yang komprehensif bagi kebolehlaksanaan penubuhan sekolah itu bagi program ijazah perubatan di UTS. Majlis pelantikan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak […]

Lapangan terbang baharu Bebuling kukuhkan ekonomi Betong

BETONG: Projek pembinaan Lapangan Terbang Baharu Bebuling (STOLport) bernilai RM248 juta di sini dijangka siap Februari 2026. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, lapangan terbang itu memainkan dua peranan utama iaitu sebagai pengangkutan penumpang dan pengangkutan kargo. “Pengangkutan kargo bagi membawa hasil ke pasaran di luar Spaoh, sekali gus memperkukuh rantaian ekonomi […]

Sarawak kehilangan tokoh ekonomi

KUCHING: Pemergian tokoh ekonomi yang disegani mendiang Dato’ Dr. Madeline Berma merupakan kehilangan besar kepada negara hari ini. Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, ini khususnya kepada Sarawak atas sumbangan mendiang dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan pembangunan ilmu. “Ini termasuk pemikiran dasar serta wacana pembangunan ekonomi,” katanya dalam kenyataanya hari […]

Muton Kara berpotensi sebagai jelapang padi baharu

PUSA: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi mentransformasikan kawasan Muton Kara, Undai di sini sebagai jelapang padi baharu di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Dato Razaili Gapor berkata, inisiatif itu bukan sahaja untuk meningkatkan pengeluaran padi di kawasan berkenaan, malah menjadi antara usaha memperkukuh ekonomi penduduk setempat melalui pelbagai sumber berasaskan pertanian. “Melalui […]