Mahkamah Utama Syariah Sarawak beri keadilan, perkukuh keyakinan

KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang menubuhkan Mahkamah Utama Syariah Sarawak bagi menambah baik sistem tadbir urus kehakiman syariah. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini juga memberikan keadilan kepada pihakyang terkesan serta memperkukuh keyakinan masyarakat Islam terhadap sistem keadilan syariah. “Saya berpandangan bahawa peningkatan hierarki mahkamah syariah daripada tiga kepada empat […]

MA63: Sarawak perlukan autonomi luas bidang kesihatan, atasi kekurangan tenaga kerja

KUALA LUMPUR: Sarawak memerlukan autonomi yang lebih besar dalam bidang kesihatan, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),kata Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Seri Doris Sophia Brodi. Katanya, ia bagi mengatasi isu kekurangan tenaga kerja perubatan yang berlarutan. Beliau menyifatkan isu kekurangan doktor, pakar dan jururawat di negeri ini bukan lagi isu angka, tetapi soal […]

Projek saliran elak banjir Jalan Muhibah siap

MUKAH: Projek menaik taraf sistem saliran di Jalan Muhibah dan Jalan Kampung Kuala Lama di sini kini telah siap. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 tersebut merupakan langkah penyelesaian jangka pendek bagi menangani isu banjir kilat yang sering berlaku khususnya di sekitar Jalan […]

Town Square modenkan Saratok

SARATOK: Cadangan pembinaan Saratok Town Square sebagai pusat tumpuan aktviti ekonomi dan sosial akan mengubah bandar Saratok dalam masa beberapa tahun akan datang. Cadangan projek itu dibentangkan dalam sesi libat urus dan taklimat reka bentuk di Perpustakaan Awam Saratok di sini dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan ADUN Krian, Friday […]

PTAR UiTM Sarawak tampilkan naib canselor wanita pertama

KOTA SAMARAHAN: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak menganjurkan program menampilkan tokoh kepimpinan wanita tersohor negara di Kampus Samarahan 2, di sini, hari ini. Menurut kenyataan media UiTM, Program Siri Telaah: Pawana Ingatan bertajuk “Menakluk Puncak Dunia: Sentuhan Srikandi” terbabit menampilkan Naib Canselor wanita pertama bagiuniversiti awam terbesar di Malaysia, […]

Ahli MDL baharu bantu cemerlangkan Lundu

LUNDU: Ahli-ahli Majlis Daerah Lundu (MDL) yang baharu disaran memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, kejayaan MDL merangkul Anugerah Emas Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025 Kategori Pihak Berkuasa Tempatan sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2025 membuktikan Lundu juga boleh maju seiring bandar […]

Platform Inklusi Digital Universiti Swinburne perkasakan OKU

KUCHING: Pembinaan Platform Inklusi Digital yang dikemukakan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak seiring dengan visi kerajaan untuk memperkasakan Orang Kelainan Upaya (OKU) melalui teknologi dan data. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, cadangan itu dijangka membantu menilai kesan sosial dan ekonomi pelaksanaannya. “Selain itu, ia akan membuka peluang kepada […]

Sarawak–ESA teroka potensi kerjasama strategik

SWITZERLAND: Kerajaan Sarawak dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) menerokai potensi kerjasama dan perkongsian strategik dalam sektor angkasa menerusi Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026. Mesyuarat semalam itu diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel bersama Ketua Pejabat Angkasa Switzerland merangkap Pengerusi ESA Dr. Renato Krpoun. Perbincangan […]

Serian tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan mulai 4-7 Februari depan

SERIAN: Serian dipilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan edisi ke-65 Peringkat Sarawak tahun 1447H/2026M tahun ini. Majlis akan berlangsung mulai 4 hingga 7 Februari depan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelarasan Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]

Institut latihan pelaut perlu miliki kemudahan moden

SIBU: Jabatan Laut Malaysia akan memastikan program latihan pelaut kekal relevan selari keperluan industri dan diiktiraf peringkat nasional serta antarabangsa. Ketua Pengarahnya, Datuk Dickson Dollah berkata sehubungan itu, institut latihan pelaut perlu memiliki kemudahan moden dan menggunakan teknologi dalam latihan. “Penggunaan teknologi dalam latihan seperti simulasi amat diperlukan bagi melahirkan pelaut yang kompeten dan bersedia […]