Premier Sarawak serikan Temasya Warisan Pahang 2025
PEKAN: Hubungan dua hala Sarawak dan Pahang diperkukuhkan menerusi Temasya Warisan Pahang 2025 apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menyerikannya di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, Pekan hari ini. Ketibaan beliau bersama rombongan disambut pada jam 10 pagi oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah […]
Projek Jambatan Sejingkat diyakini dapat siap Mac 2026
KUCHING: Projek pembinaan Jambatan Sejingkat berjaya menyelesaikan isu teknikal yang timbul sebelum ini dan kini mencapai kemajuan sebanyak 54.77 peratus. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek tersebut mengalami kelewatan sekitar tiga peratus, tetapi pihaknya yakin projek jambatan sepanjang 1.28 kilometer (km) dan setinggi setinggi 26 meter (m) itu dapat disiapkan pada […]
Projek Jambatan Batang Rambungan dijangka siap lebih awal
LUNDU: Kerajaan Sarawak berpuas hati dengan perkembangan projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan yang kini mencatat kemajuan sebanyak 13.4 peratus. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kemajuan itu menunjukkan sebanyak enam peratus lebih cepat daripada jadual pembinaan projek bernilai RM82 juta itu. “Kita amat berpuas hati dengan perkembangan kerja-kerja projek tersebut,” katanya selepas […]
Konvoi motosikal meriahkan sambutan Hari Kebangsaan DUN Kabong
KABONG: Sambutan Ambang Hari Kebangsaan Malaysia Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong berlangsung meriah di Pusat Penjaja Kabong malam tadi dengan pelbagai pengisian program yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk. Acara bermula jam 8.30 malam tadi menarik kehadiran ramai pengunjung menyaksikan konvoi motosikal melibatkan 100 motosikal, pertandingan motosikal berhias, pertandingan pulut merdeka, fesyen orang […]
Sarawak terus maju, makmur
KOTA PADAWAN: Masyarakat pelbagai kaum terutama generasi muda perlu menghayati nikmat kemerdekaan dan kemajuan di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata, nikmat kemerdekaan dan kemajuan bukan datang bergolek, sebaliknya hasil usaha pemimpin negaraterdahulu dan pemimpin-pemimpin sekarang. Kata Lo, setelah negeri-negeri di Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957, Sarawak dan […]
Hari Kebangsaan simbol penyatuan rakyat Sarawak
KUCHING: Sambutan Hari Kebangsaan mempunyai signifikan bagi rakyat Sarawak sebagai simbol penyatuan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama dalam semangat Malaysia yang sebenar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tiga tarikh penting iaitu 22 Julai (Hari Sarawak), 31 Ogos (Hari Kebangsaan) dan 16 September (Hari Malaysia) perlu terus dihayati […]
Sarawak contoh terbaik perpaduan pelbagai kaum
SARIKEI: Sarawak merupakan contoh terbaik perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia apabila kepelbagaian budaya dan etnik tidak menjadi penghalang, sebaliknya sumber kekuatan serta identiti bersama negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, suasana masyarakat yang rukun dan saling menghormati membolehkan Sarawak terus berkembang pesat dalam keadaan penuh keharmonian. “Kita […]
Abang Johari diberi taklimat operasi E-Penambang
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama keluarga berkesempatan menaiki E-Penambang, perahu tambang elektrik pertama di Sungai Sarawak. Inisiatif E-Penambang memperkukuhkan pengangkutan ikonik Bandaraya Kuching dengan ciri lebih selamat, cekap, mesra alam dan rendah karbon, sambil mengekalkan reka bentuk tradisional perahu tambang. Premier turut menerima taklimat ringkas daripada Dewan Bandaraya […]
Sarawak perlukan autonomi pendidikan, kesihatan
KUCHING: Sarawak masih memerlukan autonomi dalam sektor pendidikan dan kesihatan. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembangunan infrastruktur kemudahan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan memerlukan sokongan padu daripada Kerajaan Pusat agar Sarawak dapat mencapai kemajuan yang telah dijanjikan. “Atas sebab itu, Sarawak masih memerlukan autonomi dalam sektor pendidikan dan kesihatan […]
Tunggu kelulusan Jabatan Pendidikan, Sekolah Menengah YSISS bakal beroperasi September ini
SIBU: Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) Sibu bakal memulakan operasinya pada September ini. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, bangunan sekolah ini (YSISS) kini telah siap sepenuhnya dan semua permit yang diperlukan, termasuk daripada pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Bomba, sudah diperoleh. “Kita hanya menunggu kelulusan terakhir […]
