DUN Kabong rancak laksana 104 projek untuk kemudahan rakyat

BETONG: Sebanyak 104 projek pembangunan bernilai RM205 juta keseluruhan sedang rancak dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, melibatkan pelbagai agensi pelaksana negeri. Perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek DUN Kabong yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir di Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Antara pecahan […]

ICIF 2025 tonjol kreativiti, inovasi masyarakat Islam Sarawak

KUCHING: Festival Inovasi dan Kreativiti Islam (ICIF) 2025 sebagai platform mengangkat kreativiti dan inovasi masyarakat Islam Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penganjuran festival ini menggalakkan masyarakat, khususnya generasi muda, untuk berkarya dan menghasilkan idea bernas demi […]

Lawas perlukan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak

LAWAS: Daerah ini memerlukan sebuah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) sebagai ruang untuk mendapat maklumat dan menjalankan aktiviti. Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, pusat berkenaan juga diyakini dijadikan tempat pergaulan harmoni antara kanak-kanak berbagai latar belakang. “Pergaulan harmoni dalam kalangan kanak-kanak pada peringkast usia masih muda akan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat […]

Sarawak sokong usaha perkukuh keamanan Laut Cina Selatan

KUCHING: Sarawak menyokong usaha Malaysia dalam memperkukuh keamanan, kestabilan dan kerjasama konstruktif di Laut Cina Selatan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan tanggungjawab ke atas Laut Cina Selatan adalah kolektif yang menuntut kerjasama semua negara terlibat untuk menjaga keamanannya. “Kami yakin bahawa mesyuarat ini melambangkan usaha bersama kita untuk merealisasikan […]

Bekas pelajar, guru SMK Bahasa Malaysia Saratok sesi 1979 dipertemukan semula

KABONG: Majlis Reunion Bekas Guru dan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia Saratok sesi 1979 berlangsung dalam suasana penuh keakraban. Majlis yang menghimpunkan 60 bekas pelajar dan guru itu diadakan di Inap Desa Wan Brunei dekat sini, malam tadi. Batch 1979 merupakan kumpulan pelajar pertama SMK Bahasa Malaysia Saratok sejak sekolah itu dibuka pada […]

Projek pembaikan dilaksana tangani ancaman tanah susur Kampung Seberang Maludam

MALUDAM: Ancaman tanah susur di Kampung Seberang Maludam mendapat perhatian segera apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor meninjau keadaan susulan aduan daripada penduduk, hari ini. Kejadian tanah susur berhampiran tebing sungai itu menyebabkan rekahan ketara pada permukaan jalan raya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna. “Keadaan ini berpotensi menjadi […]

Mesyuarat ASEAN-China cari hala tuju kolektif

KUCHING: Mesyuarat Ke-24 ASEAN-China Meeting of Senior Officials on the Declaration of the Code of Conduct (DOC) on the South China Sea menjadi pertemuan utama di peringkat pegawai kanan ASEAN dan China bagi mencari hala tuju kolektif demi menjamin keamanan, keselamatan dan kemakmuran di rantau Asia Tenggara. Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran […]

Yayasan Nippon bantu tiga kanak-kanak istimewa Sarawak

KUALA LUMPUR: Program peralihan tajaan Yayasan Nippon berjaya membantu tiga kanak-kanak dari Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) Sarawak untuk memulakan persekolahan di tadika swasta lebih awal daripada jangkaan. Kanak-kanak tersebut ialah Muhammad Rayyza Iman Mohd Yushahrizam (Tadika Perdana Sentosa), Mohammad Raygal Hazig Mohammad Rhyzan Fadzli (Tadika Kurnia) dan Ayra Alisha Abdullah (Tadika Puncak Ilmu). Menurut […]

Tingkatkan pengeluaran padi di IADA – Mohamad Shafizan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, menggesa kerajaan memberi keutamaan kepada sektor pendidikan, pertanian, perikanan dan keselamatan komuniti bagi kawasan Parlimen Batang Lupar dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dilaksanakan. Dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri bahawa sektor pendidikan bakal menerima peruntukan besar berjumlah […]

Sarawak yakin sasaran lima juta pelancong dicapai menerusi acara berskala besar

KUCHING: Sarawak mengukuhkan kedudukan sebagai hab acara berskala besar apabila penganjuran konsert, festival dan persidangan mencatat kesan limpahan ekonomi mencecah lebih RM1 bilion setiap bulan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran acara hiburan seperti Rock in The Jungle 2.0 bukan sahaja menarik peminat tempatan, malah pelancong […]