Jualan Gedung Raya sediakan platform usahawan tempatan luaskan jualan
KUCHING: Pelancaran Jualan Gedung Raya anjuran CENTEXS Commercial Sarawak hari ini menyediakan platform terbaik bagi usahawan tempatan di Sarawakuntuk memasarkan produk keluaran masing-masing ke peringkat yang lebih luas. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, inisiatif itu sangat bermanfaat […]
BCCK2 siap Mac 2028, Sarawak muncul hab penganjuran bertaraf antarabangsa
KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching 2 (BCCK2) yang dijadual siap pada Mac 2028 dan boleh memuat sehingga 9,500 perwakilan, akan membolehkan Sarawak menganjur persidangan dan pameran bertaraf antarabangsa di sini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah dengan ditemani Timbalannya, Datuk Ir. Aidel Lariwoo mengadakan lawatan ke tapak pembinaan […]
Majlis Sejambak Kasih bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak
DALAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan seumlah RM23,867,250 bantuan kepada kira-kira 4,500 penerima di Bahagian Mukah sepanjang tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menjelaskan, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8,162,200 disalurkan kepada 1,460 penerima bantuan di daerah Dalat sahaja. “Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula, […]
Program Kongsi Rezeki, 140 pek juadah berbuka puasa diedar di Daro
DARO: Sebanyak 140 pek juadah daging kari diagihkan kepada pengguna jalan raya pada Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa, di sini, petang semalam. Majlis anjuran Jawatankuasa Masjid Al-Muhsiniin Daro itu, dihadiri Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Juadah yang telah dimasak itu diagihkan kepada pengguna jalan raya sebagai tanda berkongsi rezeki serta memeriahkan suasana Ramadan. Program […]
108 projek tingkatkan prasarana Kabong
KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda pembangunan di Bahagian Betong menerusi pelaksanaan 108 projek di bawah inisiatif Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) khusus bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, pelaksanaan projek tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan infrastruktur serta sosioekonomi di […]
Pelbagai inisiatif dilaksana demi kesejahteraan warga emas
KUCHING: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan warga emas di negeri ini terbela menerusi pelbagai inisiatif sokongan sosial yang inklusif. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata usaha tersebut selari aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasa kesejahteraan komuniti tanpa meminggirkan mana-mana golongan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Iftar Ramadan Rumah […]
Sarawak sasar jadi pengeksport bersih makanan menjelang 2030
KUCHING: Komitmen pegawai Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan amat penting dalam memastikan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh sektor pertanian direalisasikan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Sarawak menyasarkan untuk menjadi pengeksport bersih produk makanan menjelang 2030 di samping meningkatkan pendapatan golongan petani kepada sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan. […]
Premier Sarawak imarahkan Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Perdana Bersama Agensi Islam
KUCHING: Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Bersama Agensi Islam menambah lagi keberkatan bulan mulia Ramadan yang memasuki hari ke-22. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir mengimarahkan majlis tersebut yang diadakan di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, malam ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Khatam Al-Quran yang dimulakan oleh Premier […]
Baraj Sungai Sarawak perlu dibaik pulih segera – Fadillah
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MoTS) dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) menzahirkan penghargaan atas sokongan dan komitmen Kerajaan Persekutuan terutama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof dalam meningkatkan usaha menangani banjir dan menambahbaik pengurusan sungai. Fadillah mengakui tentang keperluan segera kerja membaik pulih Baraj Sungai Sarawak bagi menangani kedaifan keadaan strukturnya dan kumbahan pada hilir […]
BAKIS Jabatan Pertanian Sarawak agih bubur durian, bubur pulut hitam
KUCHING: Sebanyak 500 kontena bubur durian dan 500 kontena bubur pulut hitam diagih kepada orang awam di sekitar Bazar Ramadan Kubah Ria di Kuching petang ini. Program anjuran Badan Kebajikan Islam (BAKIS) Jabatan Pertanian Sarawak tersebut mendapat sambutan baik daripada pengunjung. Majlis penyampaian agihan disempurnakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri […]
