Gong Xi Fa Cai, Ramah Tamah Aidilfitri kukuh perpaduan masyarakat majmuk
MATU: Perpaduan akrab masyarakat majmuk di sini, terserlah pada Majlis Gong Xi Fa Cai dan Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Selair. Ia diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi yang memuji usaha sekolah tersebut menganjurkan program cukup signifikan itu. “Majlis ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga […]
Sarawak perlukan PUSPEN tambahan, tampung keperluan rawatan dan pemulihan
KUCHING: Seramai 253 klien sedang mengikuti rawatan dan pemulihan di PUSPEN di sini, setakat Mac 2025, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sro Fatimah Abdullah. Beliau berkata, bilangan tersebut meliputi, 84.2% (212 orang klien) golongan belia, 10% (40 golongan dewasa dan 5.8% (seorang klien) golongan remaja. Selain itu, Agensi AntiDadah Kebangsaan Sarawak (AADK) […]
Pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri tawarkan hadiah lumayan 2026
SIMANGGANG: Pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri menyaksikan hadiah lumayan berjumlah RM10,000 menanti johan pada tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor yakin pertandingan itu nanti akan mendapat sambutan menggalakkan. Katanya, pertandingan itu akan diadakan sama ada di peringkat Bahagian Sri Aman atau terbuka kepada kampung-kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) […]
UiTMCS perkenal tabung makanan, Dapur HEP bantu pelajar B40
SAMARAHAN: Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak (UiTMCS) memperkenalkan bantuan tabung makanan dan dapur hal ehwal pelajar (HEP) kepada pelajar universiti itu. Rektor UiTMCS, Prof Dr Firdaus Abdullah berkata, langkah itu untuk membantu pelajar terbabit yang kebanyakan dari keluarga golongan B40. Sehubungan itu, tabung makanan itu serta Dapur HEP bertujuan membantu mereka yang memerlukan makanan sepanjang […]
Salur maklumat tepat dasar kerajaan di media sosial
KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menghargai usaha semua pihak yang menyalurkan maklumat tepat kepada masyarakat di Sarawak. Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang berkata, ini termasuk pengamal media sosial yang terus memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat. “Maklumat yang tepat penting dalam memberi pemahaman yang lebih jelas tentang dasar-dasar kerajaan, serta meningkatkan […]
SMeC kembali pada Jun depan, fokus peranan AI
KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal menganjurkan Persidangan Media Sarawak (SMeC) sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang dijadual berlangsung pada Jun depan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, HAWANA peringkat Sarawak juga akan dimeriahkan dengan penganjuran acara-acara sukan yang julung kali diadakan untuk pengamal media […]
Tarif barangan import AS tidak beri impak besar pada ekonomi Sarawak
KUCHING: Pelaksanaan tarif terhadap barangan import Amerika Syarikat (AS) yang berkuat kuasa 9 April 2025 tidak memberi impak besar kepada ekonomi Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan bahawa ekonomi negeri ini tidak terlalu bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat. Menurut beliau, antara komoditi utama yang dieksport dari Sarawak adalah gas […]
Jambatan Batang Lupar Dua bakal jadi jambatan kabel tertinggi Malaysia
SIMANGGANG: Jambatan Batang Lupar Dua yang kini sedang dalam pembinaan dijangka menjadi jambatan kabel (Cable-Stayed Bridge) tertinggi di Malaysia apabila siap sepenuhnya. Pengarah Kerja Raya Sarawak, Dr Ir. Cassidy Morris, berkata jambatan ini akan menjadi mercu tanda utama bukan sahaja bagi Sarawak, tetapi juga bagi Malaysia secara keseluruhannya. “Ia akan menghubungkan bandar Sri Aman dengan […]
E-dagang catat kes penipuan tertinggi
KUCHING: Penipuan e-dagangan merekodkan jumlah kes tertinggi daripada sebanyak 1,568 kes berkaitan pelbagai jenayah siber di negeri ini sejak Januari hingga Oktober 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kes berkaitan pelbagai jenayah siber sepanjang tempoh itu melibatkan kerugian berjumlah lebih RM64.9 juta. “Penipuan e-dagang sahaja merekodkan 513 kes […]
Ketua jabatan disaran teliti semula prosedur kerja seiring kepesatan teknologi
KUCHING: Ketua jabatan dalam perkhidmatan awam Sarawak disaran meneliti semula prosedur kerja yang sudah tidak lagi relevan. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, seiring dengan kepesatan teknologi, penjawat awam tidak boleh terus terikat kepada rutin lama dan kelewatan, kerenah birokrasi serta sikap menunggu arahan perlu dihentikan. “Justeru, saya menyarankan ketua jabatan […]
