Kaji semula sistem pengairan
SEBUYAU: Sistem saliran dan pengairan di kawasan ini perlu dikaji semula untuk menampung aliran isipadu air yang mengalir keluar khususnya dari ladang sawit, belakang kawasan kampung dan rumah panjang. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, selain peruntukan kerajaan, pihak ladang sawit swasta yang berkaitan perlu bertanggung jawab dari segi kos pembinaan […]
ADUN Machan teruskan misi hantar bantuan banjir
MACHAN: Sebanyak 500 pek bantuan makanan kering dan air bersih diagihkan menggunakan bot polis marin kepada mangsa banjir di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong berkata, pihaknya berusaha mengagihkan bantuan ke kawasan Lesih, Teluk Legam, Bunut dan Jagoi namun keadaan jalan ditelenggami air Sabtu lalu. Katanya, ini menyebabkan penyaluran bantuan tersebut […]
Sejarah kehidupan Tun Wan Junaidi dibukukan
KUCHING: Ketokohan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar bukan sahaja sebagai pemimpin yang berwibawa dan berintegriti tinggi, malah sebagai negarawan yang komited terhadap pembangunan Sarawak dan kemakmuran rakyatnya. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sepanjang kerjayanya sama ada sebagai seorang pengamal undang-undang, ahli politik, […]
Penantian penduduk berakhir, perkhidmatan CRM beroperasi
ROBAN: Penantian penduduk di sini dan kawasan sekitarnya berakhir apabila perkhidmatan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) beroperasi sepenuhnya dekat sini. CRM adalah mesin yang berfungsi sebagai gabungan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM). Ia membolehkan pengguna untuk mengeluarkan dan mendepositkan wang tunai dalam satu mesin yang sama. CRM juga mampu mengira, […]
Gagal patuhi PGM, pekerja perlu lapor JTK
KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak memohon pekerja memaklumkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sekiranya majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) sebanyak RM1,700 sebulan. Pengerusi MTUC Bahagian Sarawak, Zaidi Nasar dalam kenyataan media berkata, mereka juga memohon pekerja memaklumkan kepada rakan pekerja dan majikan mengenai tarikh penguatkuasaan Akta PGM pada 1 Februari 2025. Manakala, […]
Keputusan beri bantuan banjir dimuktamad JPBN Sarawak
SIBU: Bantuan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) merupakan budi bicara Jawatakuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di peringkat kawasan masing-masing. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, setiap bahagian mempunyai Residen untuk menilai keadaan dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah […]
Sarawak peruntuk dana tambahan bantuan banjir
SIBU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM10 juta sebagai bantuan tambahan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) dalam usaha membantu mangsa banjir di seluruh negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan tambahan itu perlu susulan bencana itu menyebabkan kerosakan besar kepada harta benda dan infrastruktur. “Kerajaan memperuntukkan tambahan RM10 juta […]
Premier akan berkongsi hala tuju, ekonomi Sarawak pada 10 Februari
SIBU: Sarawak kini memperkukuhkan usaha ke arah diversifikasi ekonominya dalam usaha mencapai visi negeri maju menjelang 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tumpuan Sarawak kini bukan sahaja kepada sumber asli tradisional, tetapi juga kepada industri berasaskan biodiversiti dan tenaga boleh diperbaharui. “Kita tidak lagi sekadar menebang pokok, tetapi kita […]
Pasar Malam Belia N6 Metrocity bakal jadi tarikan pelancong
KUCHING: Pasar Malam Belia N6 Metrocity 2 boleh dipromosikan sebagai kawasan tarikan pelancongan di bandar raya ini. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ia merupakan tarikan baharu pengunjung kerana pasar malam tersebut menjual pelbagai kelengkapan harian selain makanan dan minuman. Dalam usaha menjadikan pasar berkenaan sebagai tarikan pelancong, Fadillah mencadangkan persatuan pasar malam […]
Tiga pakej projek tebatan banjir di Kuching perlu dilaksana serentak
KUCHING: Pelaksanaan tiga pakej projek tebatan banjir dengan kos awal dijangka melebihi RM1 bilion harus dilaksanakan secara serentak di sini. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata tiga pakej di bawah projek ini yang pertama ialah terusan, kedua ialah jambatan dan ketigaialah baraj yang tidak dapat disediakan secara berasingan. “Maka peruntukan itu agak besar, […]
