Teliti semula status guru opsyen
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) digesa supaya meneliti semula dan mencari penyelesaian yang lebih adil dan profesional terhadap guru opsyen Bahasa Inggeris (BI) yang berstatus kontrak. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, meskipun KPM tidak berkompromi dengan syarat kelayakan calon guru opsyen Bahasa Inggeris bagi memastikan kualiti subjek itu di sekolah mencapai tahap ditetapkan, […]
Bapa Parti PBB Lawas, Pengiran Jawa meninggal dunia
LAWAS: Bekas pengasas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) daerah Lawas Dato Pengiran Jawa Pengiran Amjah kembali ke rahmatullah malam tadi. Allahyarham Pengiran Jawa yang mempunyai 10 orang anak, meninggal dunia pada usia hampir 97 tahun. Menurut ahli keluarga, jenazah akan disempurnakan pagi ini dan dikebumikan menjelang tengah hari. Allahyarham adalah bapa kepada Setiausaha Politik kepada Premier […]
Tanah runtuh: Struktur Bukit Kanada dikaji
MIRI: Pakar jurutera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Cawangan Kejuruteraan Cerun akan menjalankan kajian terperinci terhadap struktur Bukit Kanada susulan tragedi tanah runtuh dan hakisan yang berlaku di Kampung Lereng Bukit, baru-baru ini. Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menegaskan, kajian ini bertujuan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mencadangkan langkah mitigasi […]
PLKN 3.0 di Sarawak: 70 peratus latihan asas ketenteraan
KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dijalankan di Kem Regimen 511 Askar Wataniah di Sarawak mulai 2026. Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin berkata syarat asas yang perlu dipenuhi pelatih program terbabit ialah semua remaja warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia, mencapai umur tidak kurang 16 tahun dan tidak melebihi 35 […]
Ko-kurikulum sekolah perlu reformasi
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya bagi Kementerian Pendidikan melakukan reformasi ko-kurikulum untuk memastikan program ko-kurikulum di sekolah-sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, reformasi yang hendak dilaksanakan itu membabitkan pertambahan peruntukan yang sedia ada. “Isu ini sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan guru yang terlibat kerana aktiviti […]
Sokongan NGO perlu bantu mangsa bencana alam
KUCHING: Peranan badan bukan kerajaan (NGO) amat penting dan diperlukan Kerajaan Sarawak untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, walaupun jentera kerajaan sudah ada namun sokongan daripada NGO juga diperlukan bagi merealisasikan usaha-usaha kerajaan membantu masyarakat yang terkesan susulan banjir dan tanah runtuh baru-baru ini. […]
Razi bersama penduduk baik pulih jambatan gantung
DEBAK: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohd. Razi Sitam bersama penduduk kampung di sini bergotong-royong membaik pulih jambatan gantung di Kampung Debak Laut. Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Saribas yang menerima cadangan daripada penduduk kampung untuk membaik pulih jambatan tersebut melalui aktiviti gotong-royong, turun padang bersama penduduk bagi menjayakannya. […]
Kaji semula sistem pengairan
SEBUYAU: Sistem saliran dan pengairan di kawasan ini perlu dikaji semula untuk menampung aliran isipadu air yang mengalir keluar khususnya dari ladang sawit, belakang kawasan kampung dan rumah panjang. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, selain peruntukan kerajaan, pihak ladang sawit swasta yang berkaitan perlu bertanggung jawab dari segi kos pembinaan […]
ADUN Machan teruskan misi hantar bantuan banjir
MACHAN: Sebanyak 500 pek bantuan makanan kering dan air bersih diagihkan menggunakan bot polis marin kepada mangsa banjir di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong berkata, pihaknya berusaha mengagihkan bantuan ke kawasan Lesih, Teluk Legam, Bunut dan Jagoi namun keadaan jalan ditelenggami air Sabtu lalu. Katanya, ini menyebabkan penyaluran bantuan tersebut […]
Sejarah kehidupan Tun Wan Junaidi dibukukan
KUCHING: Ketokohan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar bukan sahaja sebagai pemimpin yang berwibawa dan berintegriti tinggi, malah sebagai negarawan yang komited terhadap pembangunan Sarawak dan kemakmuran rakyatnya. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sepanjang kerjayanya sama ada sebagai seorang pengamal undang-undang, ahli politik, […]
