STOLPort Bebuling dijangka mula beroperasi November 2025

BETONG: Lapangan terbang landasan pendek (STOLPort) Bebuling dijangka mula beroperasi menjelang November tahun ini, dedah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Jelas Uggah, projek itu bernilai RM248 juta menyaksikan kerja-kerja pembinaannya mengikut jadual. Menurutnya, fokus ketika ini terarah kepada mekanisme yang perlu dipenuhi sebelum dapat digunakan sepenuhnya nanti. “Kami percaya pada November depan, […]

RM14.3 juta bantu pesakit buah pinggang

KUCHING: Seramai 812 pesakit baharu dan lanjutan memohon Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) dengan perbelanjaan diluluskan lebih RM14.3 juta sejak dilaksana pada 2020 sehingga Januari 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, manakala peruntukan bagi BKPBP untuk 2025 berjumlah RM4.7 juta. BKPBP menawarkan bantuan secara klinikal dan sokongan […]

Sarawak pelopor tenaga diperbaharui

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dijemput untuk menyertai acara di peringkat global mencerminkan peranan strategik Sarawak dalam menerajui tenaga diperbaharui, perangkap, penyimpanan dan penggunaan karbon (CCUS) dan kewangan lestari. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, Sarawak akan memain peranan penting dalam […]

Kepimpinan masyarakat perlu proaktif salur info bantuan kepada golongan sasar

LAWAS: Pemimpin peringkat akar umbi perlu proaktif menyalurkan maklumat berhubung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan memerlukan. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan sentiasa peka dengan kehendak mereka yang memerlukan bantuan dengan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan, sebagai sebahagian daripada dasar-dasar Kerajaan Sarawak dalam usaha memakmurkan rakyat. “Kepimpinan masyarakat harus […]

Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan berkongsi inisiatif strategik tingkatkan kecekapan pentadbiran

KUALA LUMPUR: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki mengetuai kunjungan hormat terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Kunjungan tersebut turut disertai Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri […]

Pembangunan masjid, surau di Dalat rancak dilaksana

DALAT: Projek pembangunan masjid dan surau di sekitar kawasan ini sedang giat dilaksana dengan adanya tanah wakaf serta peruntukan kerajaan, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah. Beliau berkata, projek ini dijadual untuk dilaksanakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk. “Kita komited untuk memastikan projek ini dapat […]

SABERKAS Cawangan Daro agih 8,000 pek bubur lambuk

DARO: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Daro mensasarkan mengagih sebanyak 8,000 pek bubur lambuk Ramadan ini. Bubur diagihkan pada pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Daro di Perkarangan Surau Darul Makmur, Kampung Itol, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro merangkap Setiausaha Agung SABERKAS Safiee Ahmad yang menyempurnakan majlis itu berkata, […]

Jalan baharu Matang dijangka siap Ogos depan

KUCHING: Jalan baharu di Matang dijangka siap lebih awal daripada jadual iaitu pada Ogos depan. Perkara ini diumumkan semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman. Beliau meninjau perkembangan projek jalan sejauh 4.7 kilometer (km) bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Jelasnya, pihak kontraktor yang bertanggungjawab haruslah memastikan […]

Enam kertas pembentangan berkaitan MA63 dibincang hari ini

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) membincangkan sebanyak enam kertas pembentangan di Putrajaya hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, pembentangan itu dilakukan beberapa kementerian atau jabatan berkaitan. Katanya, ini seperti:(i) Status Tindakan Bagi Perkara-Perkara Di Bawah Kementerian Kewewangan;(ii) Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkenaan Perkhidmatan Awam Negeri […]