HMPV: Kurangkan aktiviti berkumpulan jika kurang sihat

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengambil langkah kawalan bagi memastikan situasi wabak Human Metapneumovirus (HMPV) di Sarawak kekal terkawal. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian berkata, ia adalah hasil perbincangannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, Sarawak memiliki ordinan tersendiri untuk menangani wabak penyakit berjangkit […]

Sarawak gerak jentera pentadbiran lancarkan program SKAS – Premier

KUCHING: Seramai 886,288 penerima dalam pelbagai kategori layak untuk mendapat Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan implikasi kewangan sebanyak RM464.5 juta. Premier Saawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, daripada jumlah itu, seramai 410,529 adalah isi rumah, 361,295 penerima bujang dan 114,464 warga emas tiada pasangan tiada anak. Katanya, mereka yang layak […]

Pertandingan Cabaran Muaythai Tanjong Manis mulai 24- 25 Januari

SARIKEI: Pertandingan Cabaran Muaythai P. 206 Tanjong Manis akan diadakan di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu, di sini, mulai 24 hingga 25 Januari ini. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab berkata, pertandingan dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen 206 (P.206) Tanjong Manis dengan kerjasama Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dan sokongan dari Perbadanan Sukan […]

Warga Kabong digalak sertai PBS

KABONG: Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong digalak menyertai Pasukan Bomba Sukarela (PBS). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, PBS adalah petugas sukarelawan yan akan memberi pertolongan kecemasan pertama sebelum kehadiran bomba di lokasi kejadian. “Oleh itu, saya menggesa penduduk di kawasan ini terutamanya kepada mereka yang tinggal di […]

Bina lebih banyak Taska, Tabika KEMAS

LIMBANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diharap membina lebih banyak kemudahan taska dan tabika di daerah ini. Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ini bagi memperkasa pendidikan awal kanak- kanak di daerah itu yang amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti. “Kita berharap perkara ini (kemudahan taska dan tabika) dapat […]

Gelanggang Futsal Sungai Pasir akan dinaik taraf

KABONG: Gelanggang Futsal Sungai Pasir akan dinaik taraf bagi dapat diguna belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, naik taraf ini termasuk pemasangan lampu solar dan tandas awam. “Fasiliti ini digunakan siang dan malam, sekali gus memberi peluang kepada belia untuk terus aktif dalam […]

Jadikan Al-Quran sebagai sahabat

IGAN: Umat Islam disaran agar menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan panduan hidup dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi memuji dan menyambut baik usaha pihak sekolah dalam membudayakan pembelajaran Al-Quran dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu malah berakhlak mulia. Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Khatam […]

Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa 9 Jan, bukti kesungguhan Kerajaan GPS

DARO: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, majlis prapelancaran sepatutnya diadakan pada 31 Disember lalu, namun tertangguh disebabkan penyambungan elektrik belum selesai serta masih perlu dilaksanakan audit keselamatan jalan raya […]

Pampasan tanah dibayar berdasar penilaian JTS

SARATOK: Seramai 20 pemilik tanah menerima pampasan keseluruhan bernilai RM5 juta pada satu majlis di dewan Pejabat Daerah Saratok di sini hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Mohamad Duri menyempurnakan majlis penyerahan cek bagi pengambilan tanah itu untuk projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) Roban Fasa Kedua kepada penerima. Berucap pada majlis itu, Mohamad Duri […]