Hak agregator gas tunggal wujudkan industri baharu
KUCHING: Usaha Kerajaan Sarawak untuk menjadi gas agregrator tunggal di Malaysia bertujuan mewujudkan pelbagai industri baharu dalam sektor tersebut. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak mempunyai 60 peratus rizab gas di Malaysia dalam pelbagai komponen yang boleh mengeluarkan produk lain. Jelas beliau, industri ini sudah tentu memerlukan banyak tenaga […]
RM28,500 untuk masjid dan surau DUN Tanjong Datu
LUNDU: Projek bina baharu Masjid Ikhwanil Muslimin sudah siap dan mula digunakan penduduk Kampung Sekambal di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, projek itu bernilai RM2.3 juta. “Setiap kampung juga boleh memohon untuk pembinaan masjid atau surau jika tiada masalah tanah untuk pembinaan dan sebagainya,” katanya. Beliau […]
Majlis Silaturahim Al-Quran Sempena Ambang Ramadan 2025 di Masjid Jamek
KUCHING: Lebih 200 peserta menghadiri Majlis Silaturahim Al-Quran Sempena Ambang Ramadan 2025 “Jom Ngaji Rami-Rami” di Masjid Jamek, di sini, hari ini. Majlis tersebut dianjurkanRumah Ngaji Dr. Fatimah dengan kerjasama Kolej SIDMA Sarawak, HIKMAH, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Masjid Jamek Kuching. Program hari ini merupakan ketiga untuk penutupan membaca dan menghafal […]
Enam tarikan pelancong antarabangsa di DUN Tanjong Datu
LUNDU: Gunung Pueh yang diiktiraf sebagai Tapak Rizab Biosfera kini menjadi antara enam kawasan tarikan pelancong antarabangsa di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, kawasan tarikan lain ialah Taman Negara Gunung Gading, Tanjung Datu, Kubah, Matang dan Pulau Talang-Talang. Lebih menarik lagi katanya, penduduk Sematan, Lundu dan […]
RECODA tinjau potensi Projek Nanas Komuniti Tanjung Manis
TANJUNG MANIS: Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) mengadakan sesi libat urus bertujuan mewujudkan peluang pendapatan mampan di Tanjung Manis. Menurut kenyataan media RECODA, peluang pendapatan ini bagi komuniti B40 dengan sesi lipat urus terbabit bersama PUSAKA Food Industry dan peserta IPR-INTAN di IKS Tanjung Manis. “Inisiatif ini memberi penekanan khusus kepada permerkasaan […]
Projek Kompleks Sukan Daerah Debak masuk fasa pelaksanaan
DEBAK: Projek pembinaan Kompleks Sukan Daerah Debak Fasa 2 dengan kos peruntukan sebanyak RM14 juta kini memasuki fasa pelaksanaan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, skop projek merangkumi pembinaan astaka, pembesaran tapak kompleks sukan serta ubah suai struktur jalan. “Projek ini merupakan bukti komitmen Kerajaan Sarawak dalam […]
Sarawak, Brunei terokai peluang kerjasama sektor tenaga, kelestarian alam sekitar
KUCHING: Delegasi dari Negara Brunei Darussalam yang diketuai Timbalan Menteri Tenaga, Dato’ Seri Paduka Awang Mohamad Azmi Mohd Hanifah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abg Hipni hari ini. Lawatan itu bertujuan memupuk hubungan lebih erat antara Brunei dan Sarawak dalam bidang kerjasama tenaga dan kelestarian […]
Tujuh premis diperiksa Operasi Bersepadu e-waste di Sarawak
KUCHING: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak menjalankan Operasi Bersepadu e-waste atau Ops Hazard melibatkan sisa elektronik di Kuching, Sri Aman, Sibu dan Miri bermula jam 10 pagi. Menurut kenyataan media JAS Sarawak, operasi bersepadu ini dijalankan seramai 17 anggota JAS bersama 93 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), tiga anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan sembilan […]
Sarawak bantu peralihan pada tenaga bersih
KUCHING: Sarawak komited membantu peralihan kepada tenaga bersih di Asia Tenggara, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, bersama dengan Kalimantan, Indonesia, Sarawak berpotensi menjadi pembekal tenaga ASEAN dengan membekal tenaga diperbaharui ke negara jiran melalui kesalinghubungan Borneo dan Grid Tenaga ASEAN. “Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan turut komited […]
Sarawak,Jepun terokai kerjasama pembangunan tenaga lestari dan industri
JEPUN: Kerajaan Sarawak dan Jepun melalui New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) bermesyuarat bagi meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan tenaga lestari dan industri. Mesyuarat tersebut berlangsung di Ibu Pejabat NEDO di Kawasaki hari ini. Delegasi Kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan […]
