PNB serah RM2.58 juta zakat kepada TBS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyaksikan penyerahan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM2,586,875 daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, sumbangan zakat yang diperoleh hasil perniagaan PNB bagi […]

TYT terima kunjungan Pertubuhan Turath Sarawak

KUCHING: Jawatankuasa Pertubuhan Turath Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Astana Negeri, di sini, hari ini. Kunjungan hormat kepada Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi itu diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Turath Sarawak, Khalid Khan Abdullah Khan. Ini bagi […]

Hetty Koes Endang hangatkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2025

KUCHING: Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang bakal memeriahkan Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat Sarawak yang dijadual berlangsung di Tebingan Sungai Kuching pada 31 Disember ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata acara yang bermula seawal jam 8 pagi itu padat dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk […]

CIB libatkan komuniti pantau projek PBT

KUCHING: Sarawak memperkenalkan program Pembinaan Integriti Komuniti (CIB) bagi projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, di bawah program itu komuniti terlibat secara langsung sebagai pemantau pelaksanaan projek itu. “Peranan aktif komuniti sangat penting untuk memastikan kontraktor melaksanakan tanggungjawab mereka dengan […]

Sarawak anjur 238 acara sepanjang 2024

KUCHING: Sarawak dalam memastikan kekal sebagai pusat tarikan pelancong berjaya menganjurkan sebanyak 238 acara sepanjang tahun ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hampir setiap minggu ada acara menarik berlangsung di Sarawak. “Acara-acara ini meliputi pelbagai tema seperti muzik, budaya, sukan, dan makanan, menjadikan Sarawak hidup dan […]

Lanun Dinara Cut ‘Raja Sungai Seblak’

ROBAN: Pasukan Lanun Dinara Cut dinobat ‘Raja Sungai Seblak’ selepas menjuarai acara bidar 10 pekayuh lelaki pada perlawanan akhir Jaguh Lumba Perahu Sungai Seblak sempena Festival Makanan Roban (RFF) 2024 di Tebingan Sungai Seblak. Pasukan Lanun Dinara Cut milik Basiron Cut bekerja keras menewaskan pasukan Todak Berjaya milik Nur Ikhmal Kasdi. Dengan kejuaraan itu, pasukan […]

Kerajaan Sarawak, ENEOS tingkat kerjasama pembangunan hidrogen

YOKOHAMA: Kerajaan Sarawak bersama ENEOS Corporation (ENEOS) di Japun terus meningkatkan kerjasama dalam pembangunan bersama rangkaian pengeluaran hidrogen bersih yang kompetitif. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan dalam rantaian bekalan hidrogen ‘methylcyclohexane’ (MCH) ini dijangka dapat menurunkan kos pengeluaran hidrogen. Menerusi projek Hornbill yang dijalankan antara Sarawak dan Jepun […]

Wanita perlu proaktif ekonomi, sosial

DARO: Golongan wanita khususnya di kawasan ini perlu lebih proaktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, malah wanita memainkan peranan penting dalam membangunkan komuniti setempat. “Wanita merupakan tonggak utama dalam memastikan kesejahteraan keluarga dan masyarakat serta berperanan menyumbang pembangunan sosioekonomi negeri,” katanya. Beliau berkata demikian pada […]