Mesyuarat perwakilan: Jawatan tertinggi Cawangan Daro menang tanpa tanding

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad mengekalkan jawatan sebagai ketua cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Daro sesi 2025 hingga 2027 pada mesyuarat perwakilan di sini, malam tadi. Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Parti PBB Cawangan Daro yang berlangsung dalam suasana harmoni dan kekeluargaan itu menyaksikan timbalan ketua cawangan, Hamden Taha turut menang […]

Usahawan MARA perlu guna e-dagang bagi luaskan pasaran

KUCHING: Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) harus memanfaatkan platform e-dagang dalam perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, platform itu tidak hanya mengubah cara perusahaan beroperasi malah membantu meluaskan jangkauan pasaran. “Menurut penyelidikan pasaran oleh Mordor Intelligence, di Malaysia pasaran e-dagang diunjurkan mencecah US$10.72 billion pada 2024,” katanya. Beliau berkata […]

Parti PBB tulang belakang GPS bantu kukuhkan Kerajaan Persekutuan

LAWAS: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini menjadi ‘pasak’ kepada pengukuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan hari ini. Timbalan Premier Sarawak yang juga Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ‘pasak’ merujuk kepada kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Parti PBB sebagai tulang belakang membantu mengukuhkan Kerajaan Perpaduan setelah keadaan politik […]

Hantar anak belajar di sekolah berasrama – Uggah

SPAOH: Ibu bapa di luar bandar diingatkan supaya mendaftarkan anak-anak ke sekolah berasrama penuh. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat banyak kelebihan jika menempatkan anak-anak ke sekolah berasrama penuh. Katanya, selain menikmati suasana pembelajaran terbaik dan berdisiplin, sekolah asrama dapat mengelakkan pelajar dari gangguan dan kebebasan apabila tinggal di rumah panjang. […]

Mesyuarat kemaskini projek sempadan di Sarawak bulan depan

KUCHING: Mesyuarat bagi mengemaskini perincian status projek Kerajaan Persekutuan di Sarawak termasuk di sempadan Kalimantan akan diadakan bulan depan. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, mesyuarat terbabit akan diadakan di Sarawak bersama-sama semua agensi pelaksana projek itu di peringkat Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan. “Ia bertujuan melihat kemaskini kepada semua projek-projek yang dilaksanakan, […]

Pemasangan saluran paip gas ke rumah inisiatif baharu bantu rakyat

MIRI: Kerajaan Sarawak akan melaksanakan projek pembekalan gas memasak melalui saluran paip gas di rumah-rumah di seluruh negeri bagi menggantikan penggunaan tong gas. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan projek tersebut akan dilaksanakan melalui syarikat minyak dan gas miliknya, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Beliau bagaimanapun menegaskan dana yang besar diperlukan […]

Semangat juang ahli bantu Cawangan Daro jadi kubu kuat Parti PBB – Safiee

DARO: Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini perlu menjadikan Cawangan Daro antara cawangan terbaik sekali gus contoh kepada cawangan-cawangan lain. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, Cawangan Daro menjadi kubu kuat Parti PBB sejak dari dahulu lagi kerana semangat perjuangan yang ditunjukkan ahli-ahli kukuh dan ikhlas. “Mereka (ahli) bekerja secara […]

Projek CCGT akan dibangun di Kuching, Bintulu

MIRI: Sarawak akan membangunkan projek ‘Combine Cycle Gas Turbine (CCGT)’ di Bintulu dan Kuching dalam usaha untuk menjadi hab pembekal tenaga bersih utama di rantau ini. Ketika ini, projek tersebut sedang dibangunkan di Miri oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg berkata, Bintulu akan dibangunkan dalam tiga fasa […]

Pantau lesen perniagaan elak disalah guna

KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan Parlimen Petra Jaya khususnya perlu bersama-sama pihak polis dan agensi penguatkuasa lain memantau lesen perniagaan bagi mengekang penyalahgunaan premis perniagaan. Langkah itu penting supaya lesen perniagaan itu tidak disalahgunakan untuk tujuan tidak bermoral seperti perjudian, kes penipuan dan sebagainya. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato’ […]

Amalan membaca bantu bangunkan komuniti

TANJUNG MANIS: Penduduk luar bandar perlu menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, ini khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang. “Semua penduduk N.41 Kuala Rajang khususnya dan rakyat Sarawak amnya, marilah kita berganding bahu menjadikan amalan membaca sebagai […]