Terserah kepada perwakilan – Abdul Karim

KUCHING: Terserah kepada perwakilan, menang bukan bermakna diterima sepenuhnya dan kalah bukan bermakna perwakilan kehilangan semuanya, kata penyandang Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. “Saya percaya, ahli parti yang menawarkan diri untuk bertanding telah memberi sumbangan besar kepada parti dan negeri Sarawak,” katanya yang akan mempertahankan jawatan […]

Pertandingan keluarga besar – Len Talif

KUCHING: Seorang calon Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyifatkan pertandingan kali ini sebagai pertandingan keluarga besar di dalam parti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rejang, Datuk Len Talif Salleh berkata, beliau mengharapkan pertandingan itu nanti diadakan dalam suasana persaudaraan dan tidak ada sesiapapun menyentuh soal peribadi. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran […]

Saya pikul tanggungjawab yang diamanahkan – Julaihi

KUCHING: Salah seorang calon Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Julaihi Narawi akan terus memberi sumbangan dan kerjasama kepada semua ahli parti untuk mengukuhkan jenteranya. Julaihi yang juga penyandang kerusi berkenaan berkata, beliau akan terus memikul tanggungjawab yang diamanahkan untuk menyumbang kepada parti dan keluarga Sarawak. “Saya berharap rakan-rakan parti di […]

Bertanding dalam semangat kekeluargaan – Ibrahim Baki

KUCHING: Selepas lebih 40 tahun berjuang dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kini masanya untuk memikul tanggungjawab lebih besar membantu mengukuhkan lagi jentera parti, kata Dato Ibrahim Baki. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok itu berkata, menjadi lumrah bagi setiap ahli parti untuk bertanding selepas menerima galakan daripada rakan-rakan dan pencalonan. “Hakikatnya, saya tidak berniat […]

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 peringkat Zon Borneo dilancar

KUCHING: Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 peringkat Zon Borneo menekankan kepimpinan wanita dan peranan mereka sebagai pemimpin progresif dalam pelbagai bidang dilancarkan hari ini oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. Berbeza sebelumnya, penganjuran kali ini diperluaskan ke lima lokasi mengikut zon antaranya Zon Borneo, Timur, Selatan, Tengah dan Utara, berbanding […]

Sarawak tubuh Institut Kepimpinan, platform lahir pemimpin berwibawa

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Institut Kepimpinan, sebuah institusi yang berperanan melahirkan pemimpin berwibawa, beretika dan berpandangan jauh dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagi memastikan institut ini berfungsi secara efektif serta mempunyai sumber mencukupi, Kerajaan Sarawak akan menyediakan endowmen khas merangkumi kepakaran, rangkaian global […]

Enam rebut jawatan Naib Yang di-Pertua Parti PBB, bertanding semangat kekeluargaan

KUCHING: Enam calon akan bertanding merebut empat jawatan Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sayap Bumiputera pada Perhimpunan Agung Ke-16 parti mulai 14 hingga 16 Februari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, calon Naib Yang di-Pertua (Bumiputera) ialah: Datuk Len Talif Salleh- calon no.1Dato Ibrahim […]

Hubungan erat Sarawak, Pahang diperkukuh

KUANTAN: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Santapan Malam yang diadakan di Meranti Ballroom, Hyatt Regency Resort, sempena lawatan rasmi ke Negeri Pahang Darul Makmur. Majlis ini turut diserikan dengan keberangkatan Ke Bawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, […]

Permohonan PERANTIS dibuka mulai 17 Februari ini

KUCHING: Kerajaan mengagihkan dana berjumlah RM5 juta untuk Program Kepimpinan Perantisan Wanita (PERANTIS). Program ini akan dibuka mulai 17 Februari ini sehingga 16 Mac depan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, program ini bertujuan memperkasa wanita dan inisiatif Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi menangani jurang jantina dalam kepimpinan, ekonomi dan […]