Malaysia eksport RM14 bilion minyak sawit ke China

KUCHING: Komuniti Lada Antarabangsa (IPC) harus memantau bekalan dan permintaan cergas terhadap lada hitam dengan mengambil kira pengaruh paras harga, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, negara-negara pengeluar lada perlu terus berusaha mengekalkan bekalan, menstabil harga dan meningkatkan penggunaan. “Paling penting harus mengeratkan kolaborasi supaya […]

Projek benteng hakisan tebingan Sungai Batang Kayan tangani masalah penduduk

LUNDU: Projek benteng hakisan di tebingan Sungai Batang Kayan di sini bakal dilaksanakan bulan ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, projek itu memberi manfaat kepada penduduk tiga kampung iaitu Kampung Sileng Melayu Lama, Kampung Sileng Melayu Baru dan Kampung Sileng Dayak. “Hakisan tanah yang sering berlaku di tebingan sungai […]

Pendidikan: Sarawak mahu autonomi penuh

KUCHING: Perkembangan mutakhir yang sedang berlaku dan yang akan datang di negeri ini memerlukan penglibatan aktif semua pihak, terutamanya UNIMAS, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Berucap pada Majlis Konvokensyen UNIMAS kali ke-27 di sini, beliau yang juga Pro-Cancelor UNIMAS berkata, universiti itu memiliki kepakaran dalam bidang yang sangat relevan […]

Cadangan masukkan Sibu Power Boat dalam kalendar pelancongan

SIBU: Cadangan memasukkan Sibu Power Boat dalam Kalender Pelancongan Sarawak akan memberikan kelebihan kepada Sibu. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, ini untuk menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara. Katanya, bagi tujuan itu pihaknya turut sama membantu dengan adanya Timbalan Menteri (Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan), Dato Gerald Rentap Jabu di Sarawak. […]

Lapan usul, enam usul tambahan dibentang zon tengah

SIBU: Sebanyak lapan usul manakala enam usul tambahan dibentang oleh Zon Tengah pada Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) zon itu, hari ini. Naib Yang di-Pertua parti merangkap Ketua Cawangan N55 Nangka dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Zon Sibu, Dr Annuar Rapaee membentangkan usul itu. Usul-usul itu ialah: Pertama: Ahli-ahli PBB memberi sokongan […]

Parti PBB bawa lapisan kejayaan kepada Sarawak

SIBU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya membawa banyak lapisan kejayaan kepada Sarawak. Setiausaha Agung Parti PBB, Dato, Sri Alexander Nanta Linggi berkata, antaranya ialah Kerajaan Sarawak kini mempunyai kuasa penuh mengawal selia aktiviti pengedaran gas di Sarawak dan mengenakan cukai Jualan Negeri sebanyak […]

Kapit sesuai dibangun sebagai bandar bulan madu

SIBU: Rancangan Kerajaan Sarawak membangunkan semula Sibu dalam masa 15 tahun bakal memberi tempias pembangunan kepada tiga kawasan. Premier Sarawak merangkap Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan berkenaan ialah Kapit, Sarikei dan Belawai. Untuk Kapit katanya, ia sesuai dibangunkan sebagai bandar bulan madu kerana […]

Bekalan darah diperlukan secara berterusan

KUCHING: Rakyat diminta agar terus menderma darah kepada hospital-hospital di Sarawak bagi menampung keperluan pesakit di negeri ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, ini kerana stok darah diperlukan secara berterusan bagi memenuhi keperluan dalam bidang kesihatan untuk menyelamatkan nyawa. ‘’Stok darah mempunyai jangka hayat tertentu dan apabila stok […]

PRK DUN Jepak: Proses buang undi lancar

BINTULU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) optimis Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mampu mencapai sasaran 65 peratus keluar mengundi sehingga jam 5.30 petang ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata ini walaupun peratusan keluar mengundi pada ketika ini masih rendah 33 peratus setakat 12 tengah hari ini. “Namun masih lagi […]

Iskandar, isteri buang undi di SK Bintulu

BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu di sini, jam 8.30 pagi. Iskandar,54, membuang undi bersama-sama isterinya, Dayang Loha Awang Sahari,52, di saluran nombor dua. 10 minit kemudian, ibu bapa Iskandar, Turkee Hamzah,75, seorang pesara dan isteri, Hamdiah Abdullah turut membuang undi di pusat pengundian sama. Sementara […]