Pejabat Residen diminta kemukakan laporan kerosakan banjir

SERIAN: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengarahkan pihak Pejabat Residen supaya memberi laporan kerosakan akibat kejadian banjir.

Menurutnya, ini penting bagi mengenal pasti jumlah kerosakan yang dialami oleh penduduk susulan bencana itu.

“Kami tidak mempunyai anggaran angka kerosakan, kami akan mengumpulkan data esok. Kami telah mengarahkan semua penduduk untuk menyerahkan kepada kami jumlah kerosakan, beberapa kemudahan awam lain, kemudahan swasta, supaya kita dapat melihat sejauh mana kerosakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Dewan Serbaguna Ranchan, di sini pagi ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Kerajaan Persekutuan turut memberi dana dan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menambahkan dana kepada RM10 juta.

“Ini termasuk kemungkinan keperluan untuk membantu rakyat bagi meringankan bebanan mereka. Bagaimanapun, buat masa sekarang kita tidak ada mempunyai maklumat lanjut,” katanya.